in

[VIDEO] Individu Guna Taktik Tak Masuk Akal, Sanggup Dilanggar Kereta Untuk Claim Insurans

Pura Pura Langgar Singapura 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada masa kini, ‘dashcam’ sudah menjadi suatu keperluan kepada semua orang sebab masih wujud orang yang cuba untuk pura-pura dilanggar.


Mereka yang berbuat sedemikian hanya mahu menuntut insurans daripada pemandu tersebut jika penipuan mereka berjaya.

Baru-baru ini, tular di Facebook sebuah video rakaman ‘dashcam’ yang menunjukkan seorang lelaki yang sedang berjalan dan berpura-pura telah dilanggar oleh kereta tersebut.

Dari rakaman itu, kita boleh nampak yang lelaki tersebut seperti mahu melintas jalan, namun apabila kenderaan itu mendekatinya dia jatuh sambil mengangkat tangan seperti telah dilanggar.

Kejadian ini dipecayai berlaku di Singapura.

??????Haven't hit already down…还没撞到就自己倒了…#Pengci#碰瓷

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Wednesday, September 28, 2022

 

Selepas terjatuh, lelaki itu hanya duduk dan berlakon seperti dia baru sahaja dilanggar dan kedengaran juga suara pemandu wanita di dalam kereta bertanya “apa yang awak buat ni?”

Ada netizen yang memesan supaya tidak mengambil peristiwa ini dengan mudah kerana ini mungkin taktik berani mati yang digunakan oleh penyamun sekarang ataupun mereka yang hanya mahukan insurans daripada pemandu tersebut.

Edited Komen Netizen

“Tolong jangan ambil situasi ini dengan mudah kerana ini mungkin cubaan merompak,” kata seorang netizen.

Perkara ini harus dipandang serius kerana mungkin ada orang di luar sana yang masih tidak tahu mengenai taktik kotor yang digunakan ini.

Baca : Gelagat Penunggang Motosikal Pura-Pura Pengsan Lepas Gagal Lari Dari ‘Roadblock’ Bikin Netizen Geli Hati

Pura Pura Pengsan Indo 758X421 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.