in

[VIDEO] Hospital Tanah Merah Yang Masih Dalam Pembinaan Terbakar

Terbakar4

2020 was just a teaser.

Itu yang sering dikatakan oleh warganet apabila tahun 2021 ini dimulakan dengan khabar berita yang mendukacitakan kita.

Getaran itu makin dirasai apabilla insiden yang terjadi di Hospital Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.

Bangunan tambahan yang masih dalam pembinaan terbakar. Video itu tular di media sosial 2 hari lepas dan mencetuskan rasa bimbang netizen.

 

Hanya 30 peratus

Hospital Baharu Tanah Merah Terbakar 696X385 1

Menerusi Berita Harian, kejadian itu berlaku sekitar jam 8.50 malam kelmarin (17/1/2021) di tingkat 3, dikatakan berpunca daripada tempat pemasangan kabel elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 malam.

“Seramai 13 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah dan Machang bergegas ke lokasi.”

Mellihat asap yang berkepul dalam satu rakaman video oleh netizen, ramai yang bimbang dengan nasib pesakit dan keadaan di dalam hospital. Malah, ada juga yang dah mula mengeluh.

2020 was just a teaser – Netizen

Hp Hp2 Hp3 Hp4 Hp5 Hp6

Walaubagaimanapun, ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood berkunjung di tempat tersebut, tiada sebarang sebarang kecederaan berlaku, lapor Harakah Daily.

Malah, beliau juga difahamkan oleh pihak pengurusan hospital hanya 30 peratus kebakaran berlaku di bangunan tambahan tersebut.

 

Baca : “Bahaya!” – [Video] Gara-gara Tertinggal ‘Kepala’ Charger, Tak Pasal-pasal Seat Kereta Hangus Terbakar

Charger