Tular di media sosial memaparkan satu situasi genting sebuah treler sedang melalui sebuah jalan berlanggar dengan beberapa buah kenderaan dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka.
Menerusi rakaman video itu, beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan mengalami kerosakan selepas dilanggar dan diheret treler yang mahu memasuki laluan ke R&R tersebut.
Difahamkan, semua pemandu kenderaan terbabit tidak berada di dalam kereta masing-masing semasa kejadian itu berlaku.
@cyberjayaviral Keadaan lori langgar beberapa buah kereta yang parking tepi jalan rnr ayer keroh #viral
Menerusi dakwaan netizen di ruangan komen video itu, kenderaan terbabit didakwa diletakkan di laluan lori, menyebabkan treler itu tidak dapat melepasi selekoh tersebut.
Katanya, keadaan itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga memaksa treler terbabit menghimpit kenderaan yang berada di bahu jalan itu bagi membolehkan ia melepasi laluan berkenaan.
Ada yang mengatakan, sebelum kejadian, orang awam yang berada di situ cuba mengalihkan kenderaan tersebut bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.
@utusanmelayuplusofficial Replying to @biarlahrahsia524 Katanya dah berjam tunggu sampai berlaku kesesakan. DM Kredit. #AyerKeroh #fyp #treler #langgar
Artikel berkaitan: Bumbung Sebuah Stesen Minyak Runtuh Akibat Dilanggar Treler
Artikel berkaitan: Tular Video Alphard L*nggar Penunggang Motosikal & Terbabas Dalam Longkang, Polis Dedah Punca Kejadian
Polis jalankan siasatan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes berkenaan di bawah siasatan Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) Bukit Aman.
“Kes ini membabitkan sebuah kenderaan berat jenis treler serta tiga buah kereta persendirian. Siasatan terperinci masih diteruskan,” katanya.
Menurut laporan, pemilik sebuah kenderaan telah membuat laporan polis, manakala dua pemilik kenderaan lain masih belum berbuat demikian.
Sumber: Sinar Harian
