Di Malaysia, kucing berwarna jingga atau lebih dikenali sebagai Oyen boleh dikatakan yang paling popular di antara semua warna kerana perangai mereka yang lucu dan selamba.
Namun siapa sangka, kucing berwarna kelabu atau lebih dikenali sebagai ‘Habuk’ pula yang mencuri perhatian dalam satu siaran langsung di Thailand.
Ketika pembaca berita sedang membaca ramalan kaji cuaca, tiba-tiba muncul seekor kucing berwarna kelabu ke dalam set dan duduk di hadapan kamera.
Lebih melucukan, kucing tersebut memerhatikan dahulu keadaan sekeliling sebelum memilih untuk duduk betul-betul di hadapan pembaca berita.
@kojunda จริงๆต้องเข้าช่วงท้ายรายการนะเจ่าเดก ?? น่ารักจัง #พยากรณ์ #cat #ทาสแมว สำนักข่าวไทย
Lebih melucukan, pembaca berita tersebut dilihat cuba menahan gelak dan bersikap profesional dengan terus membaca ramalan kaji cuaca tanpa terganggu dengan kehadiran kucing tersebut.
Dalam satu video lain pula, pembaca berita tersebut dilihat mengangkut kucing itu sambil membaca berita. Bagaimanapun, kucing tersebut dilihat cuba melepaskan diri kerana tidak mahu didukung.
@kojunda เข้าฉากคิวตัวเองแย้วววว #cat #ทาสแมว #พยากรณ์ เจ้าเด่กผิดคิวตัวเดิม สำนักข่าวไทย #ขอบคุณคลิปน่ารักๆ
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan telatah Habuk dan sempat berseloroh dengan mengatakan kucing tersebut sebenarnya terlambat masuk kerja.
Apa-apa pun, tahniah buat pembaca berita kerana bersikap profesional!
BACA: ‘Oyen & The Gang’ Selamat Masa Banjir, Berpaut Pada Rel Langsir Sambil Silang Kaki