in

[VIDEO] Gara-gara ‘Cosplay’ Melampau, Polis Cari Lelaki Tunjuk Pistol Di Anime Fest

Untitled Design 2022 05 19T131910.889

Anime Fest tahun ini diadakan pada hujung minggu lepas di Petaling Jaya, banyak kontroversi melanda malah ada juga yang mengatakan festival tersebut didatangi terlalu ramai pengunjung sehingga pusat beli-belah tersebut menjadi sesak.

Terbaru, tular sebuah video seorang lelaki yang sedang melakukan ‘cosplay’ di festival itu bertindak menunjuk pistol kepada orang ramai.

@utusantvofficial

Dengan individu muat naik pun polis cari juga. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Dalam laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan video tersebut yang tular di media sosial kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Menerusi video berdurasi tujuh saat berkenaan, seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak bajunya dan menampakkan satu objek yang menyerupai senjata di seluarnya.

“Satu laporan polis telah dibuat dan kejadian dipercayai berlaku ketika festival animasi selama empat hari bermula pada 13 Mei lalu di sebuah pasar raya di sekitar daerah ini,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Difahamkan, lelaki dalam video berkenaan disyaki merupakan salah seorang peserta ‘cosplay’ pada festival berkenaan dan dia menggayakan watak animasi dari game GTA iaitu ‘Big Smoke’.

Baca: “I’m so sorry” –  Lelaki Tampil Minta Maaf, Beri Penjelasan Sebenar Lepas Kecoh Isu Berpakaian Kurang Sopan Di Anime Fest

Untitled Design 2022 05 19T131305.294