in

[VIDEO] Didakwa Niaga Secara Haram, Peniaga Kelam Kabut Lari Bila Nampak DBKL Ronda Jalan TAR

Peniaga Kelam Kabut Lari Dbkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India sering menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk membeli-belah bagi membuat persediaan sempena perayaan Aidilfitri.


Namun, di sebalik kemeriahan suasana di sekitar Jalan TAR ini, ada juga isu yang timbul sama ada dari pihak peniaga mahupun pengunjung.

Tular beberapa video di media sosial insiden yang memaparkan pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan operasi dengan merampas barang jualan peniaga tanpa lesen di sekitar kawasan berkenaan.

https://www.tiktok.com/@hosnyizat/video/7217335855222951194

Segelintir peniaga ini bagaimanapun bertindak memarahi penguat kuasa kerana tidak berpuas hati barangan jualan mereka dirampas. Ada yang menjerit seolah-olah pihak berkuasa bertindak kejam terhadap mereka sedangkan sudah diberi amaran sebelum ini.

Peniaga kelam kabut lari lepas nampak pihak DBKL

Menerusi video lain, dapat dilihat beberapa peniaga kelam kabut lari menolak troli bekas air yang dipenuhi pelbagai jenis minuman daripada tertangkap oleh pihak DBKL yang sedang meronda di kawasan terbabit. Jelas bahawa peniaga-peniaga ini telah berniaga tanpa kebenaran.

Rata-rata pengguna media sosial bersetuju dan menyokong tindakan yang dilakukan oleh DBKL kerana peniaga-peniaga ini telah mengaut keuntungan secara haram.

Ada juga mengatakan tindakan tersebut sebagai adil buat para peniaga yang mempunyai lesen dan membayar sewa tapak di sana.

Screenshot 2023 04 04 121809

Mereka sepatutnya berusaha untuk berniaga secara jujur dengan mendapatkan lesen berniaga secara sah agar dapat berniaga dengan lebih tenang.

Baca: “Easy money” – Peniaga Bazar Ramadan Dirakam Guna Air Paip Tepi Jalan Untuk Berniaga
Ft Air Paip Bazar Ramadan

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.