[VIDEO] Demi Final AFF Suzuki 2018, AirAsia Terbangkan ‘Semangat’ Untuk Harimau Malaya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Malam ini pasti mendebarkan buat seluruh penyokong bola sepak tempatan.

Manakan tidak, ia bakal menjadi saksi penentuan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam.

Terikat keputusan 2-2

Dengan aksi dramatik skuad bola sepak negara di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari, pastinya perlawanan di pusingan kedua ini membuatkan rakyat Malaysia tak senang duduk.

Terikat dengan keputusan 2-2 pada pusingan pertama lalu, mesti skuad Harimau Malaya pun sedikit nervous. Lebih-lebih lagi apabila kali ini terpaksa beraksi di Stadium My Dinh, Hanoi pula.

Sumber: Fox Sports Asia
Sumber: The Malaysian Reserve

Bawa ‘semangat’ ke Hanoi

Untuk berikan suntikan semangat kepada para pemain kita, pihak AirAsia sediakan dua penerbangan khas untuk membawa penyokong tegar negara, Ultras Malaya. Woah!

Bagi sesiapa yang tak tahu, Ultras Malaya ni dianggap sebagai “pemain ke-12 Malaysia” sebab semangat diorang yang berterusan waktu bersorak untuk pemain bola sepak kebangsaan dalam mana-mana perlawanan.

Sumber: Goal

Seramai 345 penyokong ni sanggup menempah tiket pada harga RM449 dan mereka pun dah berlepas dari KLIA2 semalam serta hari ini.

Semangat Ultras Malaya

Walaupun pada ketinggian 35,000 kaki dari paras laut, Ultras Malaya buktikan sokongan diorang ni memang takkan terhenti.

Korang tengoklah, dalam flight pun semangat nyanyikan lagu Ekor Harimau Sejati. Steady!

 

Kalau dah sampai tahap ada yang sanggup terbang semata-mata nak beri sokongan kepada pasukan kebangsaan, apa tunggu lagi?

Lakukan yang terbaik malam ini Harimau Malaya! Ayuh ulang semula kejayaan 8 tahun lepas, Piala AFF Suzuki 2018 boleh jadi milik kita!

Baca: “Kami disini terus menjadi ekor harimau sejati…..” – Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Istimewa’ Buat Harimau Malaya

 

 

 

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.