in

[VIDEO] Dapat Tahu Badan Membongkok Dari Video Viral, Zamani Akhirnya Akan Jalani Pembedahan

Page Zamani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat-peminat kumpulan otai Slam ni mesti takkan boleh move on dengar lagu-lagu diorang kan?


Walaupun kesemua mereka tak lagi aktif sebagai satu kumpulan, tapi vokalis Slam iaitu Zamani masih lagi mampu menyanyi walaupun keadaan kesihatannya merisaukan peminat.

Ini kerana, dia menghidap scoliosis yang mana tulang belakang akan membengkok ke kiri dan berbentuk ‘S’ sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Sedih dengan kesihatan yang semakin merosot, Zamani tampil berikan kenyataan.

Dari kenyataan yang diberikan semasa menjadi tetamu program MeleTOP baru-baru ini, Zamani mengesahkan bahawa hanya sedar dirinya semakin membongkok apabila melihat video-video yang dikongsikan di media sosial.

“Saya tak marah bila orang kongsi video tersebut cuma agak terasa bila orang tunjuk keadaan kita. Tapi bila saya tengok balik video tu, barulah saya nampak keadaan sebenarnya saya dan nampak teruk daripada sisi tepi.” – Ujar Zamani

“Makin sedih tengok diri sendiri kat cermin”

Menurut Astro Gempak, Zamani akui bahawa kesihatannya semakin merosot malah keadaan bongkok semakin teruk apabila dilihat dari bahagian tepi menyebabkan dirinya tekad untuk melakukan pembedahan dengan segera.

Takut dengan keadaan diri sendiri, penyanyi berusia 51 tahun ini mengatakan bahawa dia tak lagi boleh berdiri dengan tegak sehingga terpaksa untuk  masukkan besi bagi menyokong tulang belakangnya.

@pujangga_berbicara

Kita yg lahir 70an,80an dan 90an melalui zaman2 remaja dgn kelunakan suara Zamani Slam. Hari ini kami berpeluang melihat secara dekat. Tp hati aku terusik melihat moment ini. Ternyata dia shj yg tahu kesakitan yg ditanggung. #fyp #foryourpage #zamaniSlam

♬ original sound – Husin – Husin

Lebih mengejutkan apabila Zamani mendedahkan dirinya telah menghidap sakit scoliosis selama 20 tahun namun baru menyedarinya pada awal tahun 2015 dan nekad untuk lakukan pembedahan kerana perubatan secara tradisional tak lagi berkesan.

Min doakan semoga pembedahan Zamani dimudahkan! Nanti dah sihat, boleh kita enjoy performance puas-puas. Hehehe…

Baca: “Allahu, makin teruk” – [VIDEO] Ramai Sedih Lihat Keadaan Zamani Semakin Membongkok

Untitled 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.