in

Video Cucu Usahawan Indonesia Jogging Sambil Dapat Escort Polis Tular, Cetus Kemarahan

Untitled Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara dua darjat adalah satu hakikat nyata yang berlaku walau di mana-mana negara di seluruh dunia.


Dengan special privilege yang mereka ada, golongan atasan seringkali dilihat bebas dan berhak melakukan apa saja mengikut kehendak selain menerima layanan first class — berbeza realitinya dengan rakyat bawahan.

Di Indonesia misalnya, tular satu rakaman video menunjukkan tiga individu sedang melakukan aktiviti jogging sambil diiringi escort kereta polis — seperti yang turut dikongsikan seorang pengguna Twitter.

Menurut laporan Kompas, individu dalam rakaman tersebut merupakan cucu kepada seorang usahawan Indonesia. Kejadian dikatakan berlaku di Denpasar, Bali pada Khamis lalu.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat sedang berlari sambil memegang anjing peliharaannya bersama dua lelaki lain dengan dikawal kereta polis.

Ia mengundang kemarahan pengguna media sosial, yang mencemuh dan mempertikaikan tindakan kedua-dua pihak terbabit sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang memalukan.

Malah, ada dalam kalangan mereka berkata rakaman itu jelas memperlihatkan sikap layanan berat sebelah pihak berkuasa Indonesia terhadap golongan atasan.

Bali1

Bali4

Bali5

Selepas tular, pihak berkuasa Bali dilapor memanggil anggotanya yang terlibat dan melakukan siasatan kerana didakwa telah melanggar prosedur operasi standard pengawalan polis.

 

Baca: “Jangan sampai dah tahap don’t care anymore” – Penunggang Motor Terbabas Sebab Diarah Beri Ruang Escort VVIP

Capture 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.