Setiap ibu bapa pasti akan berasa bangga atas kehadiran si comel yang menjadi penyeri rumah tangga.
Namun sebenarnya selain ibu dan bapa, datuk dan nenek juga adalah orang yang paling gembira menyambut kedatangan cucu mereka yang juga akan menyerikan suasana.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang wanita sedang mencari anaknya, Aldariya Husna yang berumur 11 bulan difahamkan sedang dibawa pengawasan atuknya.
@aldariyahusna Sabar jela? #10monthsold #fyp #masukberanda
Menerusi video berkenaan, Husna dilihat sedang duduk di dalam peti simpanan ikan sejuk beku di belakang kedai makan milik atuknya, Samri Bodot, 55, lapor mStar.
“Macam ni la anak nelayan, tidur dengan ikan,” kata Samri sambil mendukung cucu kesayangannya itu.
Pada mulanya dia tercari-cari di mana Husna kerana tidak kelihatan di ruang hadapan kedai dan setelah diperiksa, Husna ada bersama atuknya namun dia tidak menyangka si kecil itu diletakkan di dalam bekas sejuk beku yang masih lagi mempunyai ikan.
Cara si atuk bergurau dengan cucunya
Ibu Husna, Nur Farrahin berkata, ayahnya memang suka bergurau dengan cucunya dengan cara itu lagipun dia dah siang ikan itu dan alas dulang lauk sebelum meletakkan Husna dalam tong ikan berkenaan.
Menurut Farrahin, sebagai cucu seorang nelayan, Husna sebenarnya sudah terbiasa dengan ikan memandangkan bapanya mengusahakan restoran, Norita Asam Pedas yang bertempat di Pantai Siring, Melaka.
Bercerita lanjut tentang hubungan akrab antara cucu dan atuknya itu, Farrahin berkata anaknya menjadi buah hati yang cukup disayangi kerana dia merupakan cucu sulung.
“Cucu dia nak merangkak atas lantai pun tak boleh, katanya kotor. Kalau boleh setiap masa nak dukung,” katanya.
Apa komen warganet?
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si atuk yang menyakat cucunya sebagai cara bermesra.
Lahhh comel je dia duduk sekali dengan ikan dalam tu…
Baca : Tampar & Letak Cekodok Panas Atas Tangan Nenek, Cucu Kena Penjara 12 Bulan