in

[VIDEO] Cabut Tag Dalam ‘Fitting Room’, Pekerja Butik Dedah Taktik Pelanggan Curi Baju

Tanggal Tag Curi Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau perasan, di butik berjenama dalam pusat membeli-belah diletakkan security tag pada pakaian bagi mengelakkan pakaian itu dicuri.

Bagaimanapun, ciri keselamatan itu belum tentu terjamin apabila ada sahaja taktik yang digunakan untuk mencuri.


Seorang pengguna TikTok yang juga pekerja butik pakaian mendedahkan taktik pelanggan yang sanggup menanggalkan tanda harga dan security tag pakaian kerana tidak mahu membayar.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_zarulelfy, kelihatan seorang pekerja menjumpai tanda harga dan beberapa security tag di celah-celah penyangkut baju dalam beberapa bilik persalinan.

https://www.tiktok.com/@_zarulelfy/video/7252537343666588930

Tag yang dikumpul itu menandakan sudah banyak pakaian yang telah dibawa keluar secara sembunyi.

“Cara baru barang kena curi dalam bilik persalinan. Laju je pelanggan buat kerja,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ada yang siap koyak hujung langsir

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendedahkan cara yang dilakukan itu bukanlah taktik baharu malah beberapa kali pernah dihadapi oleh pekerja di kedai pakaian lain.

Ada yang menyatakan, mereka yang mencuri ini sanggup membeli tag remover atau mengoyakkan hujung langsir dan sumbat dalam sensor tag untuk mengelak daripada dikesan ketika keluar kedai.

Seorang pekerja turut meluah mereka terpaksa membayar balik ganti rugi barangan yang hilang.

Screenshot 2023 07 07 181206 2

Dalam pada itu, netizen menyarankan agar pekerja turut memantau di bahagian bilik persalinan atau mengehadkan jumlah baju untuk dicuba agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Hmm macam-macam cara orang nak mencuri sekarang ni ya…

Baca: Pemilik Kedai Dapat Nota Dari Bekas Pekerja, Pulangkan Wang Yang Dia Pernah Curi Dulu
Ft Pekerja Pulangkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.