Merancang kejutan hari jadi bukanlah suatu perkara yang mudah, lagi-lagi kalau sudah berumah tangga dan menetap di bawah satu bumbung kerana ia agak sukar untuk membuat perancangan.
Walaubagaimanapun, seorang suami akan cuba sedaya upaya untuk ikhtiar untuk rancang kejutan hari jadi isterinya itu dengan cara yang unik dan berbeza daripada orang lain.
Macam baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang suami sedang meletakkan duit secara merata di dalam rumahnya untuk dijadikan sebagai kejutan kepada isterinya.
@brotrying Happy Birthday sayang. Sorry, tahun ni tak de suprise =( @rifahmawaddah
Letak duit merata dalam rumah macam ‘treasure hunt’
Menerusi video itu, dapat dilihat si suami sedang menyembunyikan beberapa keping wang kertas RM50 di beberapa peralatan dan perkakas rumah seperti microwave, mesin basuh dan juga peti sejuk.
Bukan itu sahaja, dia juga turut menampalkan sampul yang berisi wang pada skrin TV di rumah mereka.
Menurut laporan mStar, pemilik akaun tersebut, Muhammad Shafiq Shaiful berkata, isterinya menyambut ulang tahun ke-24 pada 27 November lalu.
Dia dan isteri, Noor Ariffah, sering membuat kejutan demi kejutan setiap kali hari jadi masing-masing sejak berkahwin pada Mac 2020.
Difahamkan, kejutan itu terpaksa dilakukan di rumah sahaja kerana keadaan Shafiq yang tidak berapa sihat.
“Setiap tahun kami selalu surprise each other. Tapi untuk birthday tahun ni saya tak sihat pula. Seminggu tak sihat, sakit tekak dan demam on-off,” katanya.
Shafiq memberitahu, pada sambutan hari jadi isterinya sebelum ini, mereka telah memilih untuk menyambut di hotel selama dua tahun berturut-turut sejak 2020.
Walaupun dia ada membelikan seutas gelang emas sebagai hadiah hari jadi, tapi baginya sambutan ulang tahun tidak akan lengkap jika tidak mengadakan kejutan bagi isterinya.
Tambah Shafiq, dia tidak pernah jemu melakukan kejutan untuk isterinya itu sebagai tanda penghargaan menjadi pasangan hidupnya.
Apa kata netizen?
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap si suami yang menggunakan cara kreatif semasa memberi wang kepada isterinya dan ada juga mereka yang mahu menggunakan taktik ini kepada pasangan mereka.
Kalau macam ni la cara suami dia letak duit, confirm isteri dia rajin check peralatan rumah!
Baca : Ibu Bapa Dikecam Lepas Hukum Anak ‘Kaki TV’ Untuk Berjaga Tengok TV, Kalau Tertidur Akan Dikejut