in

[Video] Buat Pregnancy Test Positif, Namun Wanita Hampa ‘Isi’ Yang Dikandung Selama 9 Bulan Bukanlah Bayi, Tapi…

Ft Scan Final

Sebelum berjumpa dengan doktor di klinik mahupun hospital untuk kepastian, sudah pasti wanita yang mempunyai gejala ‘morning sickness’ akan membuat ujian kehamilan menggunakan kit pregnancy test yang dijual di farmasi terlebih dahulu dengan harapan munculnya 2 garisan sebagai petanda rahim sudah ‘berisi’.

Namun, ada juga sesetengah kes dimana berlakunya masalah ‘mulfunction’ ujian kehamilan tersebut apabila disangkakan sudah positif hamil tetapi sebenarnya tidak sama sekali.

Seeloknya berjumpalah dengan doktor untuk mengesahkan ujian kehamilan tersebut. 

Pelik tapi benar, itulah situasi yang menyedihkan berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila harapan mereka untuk menimang cahaya mata hancur musnah setelah doktor mengesahkan bahawa isterinya itu sebenarnya tidak mengandung.

Apa yang lebih mengharukan, mereka hanya mengetahui perkara yang tidak disangka-sangka ini setelah usia ‘kandungan’ mencecah 9 bulan apabila mereka berjumpa doktor untuk menjalani proses ultrasound scan.

Scan Dr

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok ini, seorang doktor telah berkongsi pengalamannya berjumpa dengan pasangan suami isteri ini yang datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan terhadap kandungannya yang sudah sarat menanti saat untuk melahirkan.

Doktor, berapa hari lagi kira-kira saya melahirkan? 

Namun, sesudah menjalani proses ultrasound scan tersebut, ternyata bukan imej bayi yang dilihat menerusi paparan skrin berkenaan. Wanita itu yang menyangka dirinya membawa janin selama 9 bulan rupa-rupanya ia adalah 3 ketul ketumbuhan yang semakin membesar di dalam rahimnya! 

Scan

Scan Betul

Menurut doktor tersebut, wanita itu juga mengakui pernah melakukan ujian kehamilan menggunakan kit pregnancy test dan disahkan positif. Disebabkan itu dia yakin bahawa dirinya sedang hamil tambah-tambah lagi dengan keadaan perutnya yang membesar.

Ujarnya lagi, wanita itu juga tidak pernah berjumpa doktor untuk melakukan ultrasound scan untuk mengesan ‘janin’ yang dikandungnya itu. 

@channamix.kapsul

Jangan ragu untuk periksa ke dokter kandungan ya!!? #usg #story #dokterkandungan #fyp #foryoupage #edukasi

♬ original sound – Channamix – Channamix

Mengambil pengajaran daripada kejadian ini, doktor tersebut turut menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian sekiranya merasakan diri sedang hamil untuk mengelakkan perkara serupa terjadi.

Test pack (kit ujian kehamilan) bukanlah tanda pasti hamil. 

Baca: “Datang sebab pendarahan, balik dapat baby” – Wanita Ingat Kena ‘Busung’ Rupanya Allah Nak Bagi ‘Hadiah’

Baca Baby

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok