in

[VIDEO] Bos Paksa Pekerja Telan Cacing Hidup-hidup Lepas Gagal Capai Sasaran Jualan

Feat 5

Melampau dan menjijikkan tindakan seorang majikan ke atas pekerjanya yang gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Kejadian dipercayai berlaku di bandar Bijie,China melibatkan seorang majikan syarikat dekorasi yang memaksa seorang kakitangannya menelan seekor cacing hidup-hidup selepas wanita itu gagal mencapai sasaran jualan syarikat, lapor Daily Star.

Dalam video berdurasi 28 saat itu dilihat wanita tersebut meletakkan cacing di atas telapak tangannya yang dilapikkan dengan tisu, sebelum dia menelan cacing tersebut dan meneguk air.

1 3

Malah kedengaran suara seorang lelaki berkata dalam bahasa China…

Ia akan meletup di dalam mulut jika kamu menggigitnya, telan semua sekali termasuk tisu tersebut”

2

Video boleh tengok kat SINI.

Rakaman ini dipercayai dibuat di sebuah pejabat dekorasi di China pada 25 Mei lalu.

Malah difahamkan yang pekerja-pekerja yang gagal capai sasaran jualan diberi beberapa pilihan antaranya membayar wang tunai RM500RMB, bersihkan tandas selama 15 minit dan belanja satu syarikat sarapan pagi.

 

Macam tak ada hukuman lain…

Baca : Hati-hati! 6 Jenama Sardin Ini Disahkan Ada Cacing

Baca 2

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star