in

[Video] Berkenalan Kali Pertama Melalui Online, Suami Isteri Namakan 3 Anaknya Dengan Akhiran ‘Dot Com’

Ft Nama Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini di media sosial kisah seorang remaja yang memilik nama ‘unik’ sehingga berjaya meraih perhatian netizen.


Rakaman video yang telah dimuat naik oleh pemilik nama ‘unik’ ini menerusi akaun TikToknya berjaya meraih lebih daripada 300,000 views sehingga menimbulkan persoalan netizen bagaimana nama ‘unik’ tersebut boleh tercipta?

Hah, kalau korang nak tahu, nama remaja ini telah berakhir dengan akhiran Dot Com! Bukan setakat dia seorang, malah kesemua adik beradiknya yang lain turut mempunyai akhiran Dot Com dalam nama mereka meyerupai nama laman web.

Dalam video tersebut, remaja berkenaan mengakui mempunyai nama yang agak unik dan ‘rare’. Perkara itu dibuktikan sendiri olehnya melalui borang kad keluarganya (sijil lahir).

Nama anak yang pertama diberikan sebagai Salsabila Shofwah Alamak Dot Com. Diikuti anak kedua, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan yang terakhir dinamakan sebagai Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Nama Unik

Memetik Tribunnews, remaja lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com, 18, mendedahkan kisah ‘sweet’ disebalik pemberian nama Dot Com oleh ibu bapanya itu. 

Remaja itu yang lebih mesra disapa Rama berasal dari Jawa Timur, Indonesia merupakan anak kedua daripada tiga beradik ‘unik’ itu.

Menurutnya, ibu bapa mereka pertama kali berkenalan secara online menerusi sebuah laman web yang bernama ‘Alamak.com’ pada tahun 1999. Untuk sentiasa mengenang pertemuan yang melahirkan bibit-bibit cinta itu, maka ketiga-tiga anak mereka dinamakan dengan tambahan Dot Com di belakang nama setiap seorang darinya.

Ibu bapa saya sendiri yang cerita, pertemuan mereka bermula dari media sosial menggunakan chatting Alamak.com pada tahun 1999. 

Nama Unik Muka

Rama mengaku, pada awalnya dia berasa malu memliki nama pelik tersebut gara-gara sering diejek dan menjadi bahan jenaka rakan-rakannya yang lain. Namun, setelah menginjak dewasa, dia kini berasa bangga memiliki nama unik tersebut kerana mudah dikenal orang.

Memang ada yang ejek saya, tapi sebab itu juga saya dikenal orang.

Tambah remaja itu lagi, dia ternyata sedikit pun tidak kisah video tentang keunikan nama ahli keluarganya itu viral di media sosial. Dia juga berkongsi sering bermimpi untuk menjadi seorang yang terkenal disebabkan keunikan namanya itu.

Sudah tentu seronok setelah viral, saya dulu selalu berimaginasi nama saya akan masuk TV dan terkenal.

@wakelotkangcopet88

Balas @karinluluwill masih langka aku kan wek?

♬ original sound – kajirama88 – dotcom

Baca: Kisah Lelaki Muslim Yang Bernama ‘Slamet Hari Natal’ – Ramai Keliru Sebab Nama Unik 

Baca Nama

Sumber: TikTok
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.