in

Kisah Lelaki Muslim Yang Bernama ‘Slamet Hari Natal’, Ramai Keliru Sebab Nama Unik

Untitled 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila tiba sahaja perayaan Krismas, lelaki yang berasal dari Malang, Jawa Timur ini pasti akan mendapat perhatian media secara meluas. Mana tidaknya, nama lelaki ini persis nama perayaan yang disambut pada 25 Disember pada setiap tahun.

Lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu ini dipanggil sebagai ‘Slamet’ oleh rakan-rakannya. Kedengaran seperti biasa memandangkan nama ‘Selamat’ pernah popular pada zaman dahulu, namun anda pasti terkejut apabila mendengar nama penuh lelaki ini.


Kisah Pria Muslim Bernama Slamet Hari Natal Pernah Kesulitan Urus Ktp Karena Nama Yang Tak Lazim

Ec34Aa1E 29F0 4593 81Ca 396Cff7F6D27

Slamet Hari Natal, itulah nama lengkap lelaki Muslim yang berumur 57 tahun ini. Dalam kalangan rakan-rakannya, lelaki ini disapa dengan panggilan ‘Slamet’ dan ‘Natal’. 

Menurut Slamet, nama ini diambil sempena tarikh kelahirannya yang jatuh pada 25 Disember 1962. Umum mengetahui, tanggal 25 Disember adalah tarikh hari perayaan Krismas.

Slamet Hari Natal

Menurut ibu Slamet, nama Slamet Hari Natal sebenarnya diberikan oleh bidan yang membantu kelahiran lelaki ini. Ketika itu, kedua-dua ibu bapanya buntu dalam melilih nama bayi, lalu bidan itu mencadangkan nama Slamet yang sesuai dengan orang Jawa.

 

Sumber: Tribun News

 

BACA: Lelaki Indonesia Beli Seluar Dalam Terpakai DJ Terkenal Dengan Harga RM14,000

Capture 33

 

Sumber: Tribun News
Sumber: Tribun News
Sumber: Tribun News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.