in

[VIDEO] Berjaya Masuk Pasaran Amerika Utara, Ramai Tak Tahu Rupanya ‘Movie’ Ni Dari Malaysia!

Filem Seram Tempatan Amerika Utara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai orang di luar sana suka tengok cerita seram sebab bila babak saspens atau ‘jumpscare’ tu mesti kita rasa ‘adrenaline rush’. 


Berita baik buat peminat filem bergenre seram, pada Oktober ni akan ditayangkan sebuah filem seram tempatan bertajuk ‘Don’t Look at the Demon’ yang pasti akan membuatkan bulu roma korang berdiri!

Filem ini telah menjadi filem Malaysia pertama yang berjaya masuk pasaran Amerika Utara dan membuka peluang kejayaan masa depan produksi tempatan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Pengarah dan penerbit tempatan, Brando Lee, memberi pendedahan kepada penonton luar negara untuk belajar dan fahami budaya serta tradisi di Malaysia, lapor Bernama.

“Sekarang kami telah memasuki pasaran Amerika Utara, kami boleh berusaha untuk mencapai tahap baharu dengan menyasarkan memburu anugerah seperti Oscar, Emmy, dan banyak lagi dalam masa terdekat,” kata beliau.

Tayangan perdana filem ini turut dihadiri oleh barisan pelakon Malin Crépin, kelahiran Sweden serta pelakon tempatan Hafizuddin Fazli.

Dlatd 2

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 Oktober ini dan sehari kemudian di lebih 250 pawagam di Amerika Utara.

Dlatd Poster

Perjalanan cerita ini berdasarkan kisah benar tentang kumpulan penyiasat paranormal Amerika Syarikat yang sedang menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada tahun 1970-an di Bukit Fraser, Pahang.

Admin dah tak sabar nak tunggu filem ni keluar! Korang excited tak?

Baca : 5 Filem Seram Yang Dinasihatkan Untuk Tidak Ditonton Seorang Diri Meskipun Pada Waktu Siang

Cats 13 758X399 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.