in

[Video] Bengang Gara-gara Kena ‘Red Card’ Sebab Siku Pemain, Goal Keeper Buat Provoke Sampai Kena Belasah Dengan Team Lawan?

Bola8

Wow! Ni dah another level dah ni kalah liga-liga perlawanan besar-besar!

Boleh dikatakan adat dalam permainan bola sepak berlaku pertelingkahan antara pemain dengan pasukan lawan, tapi apa yang berlaku di Kv Rhino Arena Shah Alam semalam ini dah dianggap agak keterlaluan sehingga terjadinya kekasaran fizikal.

Ianya mendapat apabila video yang dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai Aidil ini mendapt perhatian netizen di Twitter sehingga meraih hampir 12K jumlah retweets.

 

Satu team datang nak belasah penjaga gol pasukan lawan

Ketika dihubungi Team Lobak Merah, difahamkan penjaga gol tersebut melakukan satu kekasaran fizikal kepada salah seorang pemain. Menurut Aidil, ada yang kata pijak pemain, ada juga yang kata siku pemain, namun kurang pasti samada ia disengajakan ataupun tidak.

Dari situ berlaku pertelingkahan dan mendorong penjaga gol tersebut kena kad merah. Namun begitu, penjaga gol tersebut difahamkan masih tidak berpuas hati dan melakukan provoke kepada mereka sehingga mendatangkan kemarahan seluruh pasukan lawannya.

Disebabkan itu, berlakukan insiden seperti dalam video di bawah ini.

Dapat dilihat seluruh pasukan datang ke arah penjaga gol tersebut untuk memukulnya. Disebabkan itu, netizen yang menontonnya mempertikaikan sikap profesionalisme mereka dalam perlawanan ini.

Ada yang membandingkan perlawanan mereka dengan liga yang lebih besar lagi, tetapi tidak pernah berlaku kekasaran begini.

Bola4 Bola3

Bola2

Harap dapatlah diaorang ni mungkin masing-masing kena kawal emosi.

 

Baca : [VIDEO] Warga Asing Bertumbuk Kerana Berebut Kawasan Potong Rumput

Potong