in

[VIDEO] Bekas Menteri Perikanan Sri Lanka Makan Ikan Mentah Masa Sidang Media, Nak Buktikan Ikan Tak Sebar Covid-19

Sri5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Oktober lalu di Sri Lanka, tercetus satu kluster besar Covid-19 di sebuah pasar basah yang terletak di pinggir Colombo, Central Fish Market. Penularannya menyebabkan beribu-ribu kes jangkitan dilaporkan sebelum me­rebak di seluruh negara.


Disebabkan hal ini, rakyat jadi takut untuk makan mahupun membelinya, risau dijangkiti virus berkenaan. Akibatnya, jualan ikan merosot dengan teruk.

Perkara ini merisaukan negara mereka kerana jika tiada yang membeli ikan, pendapatan nelayan, pemborong, peruncit akan terjejas sekaligus menjejaskan ekonomi negara juga.

Jadi bagi menarik semula rakyat untuk membeli ikan dan menghilangkan kegelisahan mereka, seorang ahli politik telah bertindak di luar jangkaan!

Saya bawa ikan ini untuk tunjuk kepada kamu. Saya mahu memohon kepada orang ramai di negara ini supaya makan ikan. Jangan takut. Kamu tidak akan terkena jangkitan koronavirus.”

Itulah katanya sebelum memakan ikan mentah! Boleh tengok videonya di bawah.

 

 

Beribu-ribu tan ikan tak terjual

Dilip Wedaarachchi, 63, yang juga bekas Menteri Perikanan Sri Lanka membuat aksi itu di hadapan sidang media pada Selasa lalu. Dia mahu membantu meningkatkan jualan ikan ketika pandemik Covid-19 menjejaskan sektor perikanan.

Menurut Kosmo, beribu-ribu tan ikan dilaporkan gagal dijual selepas Central Fish Market diarahkan tutup susulan Covid-19 sekaligus mendorong harga ikan untuk terus merosot.

Orang di negara ini tidak mahu makan ikan lagi dan pemilik bot pula gagal turun ke laut. Mereka kini berhutang kerana tidak dapat menjual (hasil tangkapan) ikan.”

Sri Lanka kini mempunyai 17,831 kes Covid-19 termasuk 61 kematian.

 

Baca : Akibat Makan Makanan Mentah! Doktor Jumpa Cacing 3cm Dalam Tekak Wanita Lepas Makan Sashimi

Sri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.