in

[VIDEO] Baru Semalam LRT Beroperasi, Hari Ini Penumpang Kena Turun Di Stesen Jelatek. Rosak Lagi?

Lrt Jelatek Masalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, rata-rata pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) meluahkan rasa kecewa apabila 16 stesen sepanjang Laluan Kelana Jaya ditutup selama 7 hari berikutan masalah teknikal yang dilalui.


Namun, operasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah kembali pulih dan beroperasi seperti biasa lebih awal daripada jangkaan iaitu pada Isnin, 14 November.

Bagaimanapun, hari ini LRT Laluan Kelana Jaya di stesen Jelatek perlu dihentikan perkhidmatan kerana mengalami masalah teknikal pagi tadi, kata @AskRapidKL melalui akaun media sosialnya.

“Minta maaf, salah sebuah tren di stesen Jelatek terpaksa diberhentikan perkhidmatannya atas masalah teknikal,” katanya melalui sebuah ciapan.

Pengguna terpaksa turun di stesen Jelatek dan tunggu tren seterusnya…

Fhkiw4Sveaim6Z8

Melalui Twitter, ramai pengguna meluahkan rasa kecewa dan marah dengan perkhidmatan LRT yang tergendala di waktu kemuncak dan menyebabkan orang ramai terpaksa tunggu untuk tren seterusnya.

Sebuah video telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, yang memaparkan orang ramai bersesak-sesak menunggu ketibaan tren yang seterusnya, pada waktu kemuncak sekitar pukul 8 pagi tadi.

Berikutan masalah teknikal di stesen Jelatek itu, ia turut memberi kesan kepada pengguna di stesen berikutnya kerana perlu menunggu dalam masa yang agak lama, lapor Kosmo.

Bukan itu sahaja, ada juga pengguna yang ingin ke arah laluan Gombak, terpaksa menunggu tren seterusnya dalam durasi yang lama iaitu 14 minit.

Apa kata netizen?

Ciapan dengan tajuk carian ‘@AskRapidKL’ pagi tadi, dipenuhi dengan warganet yang mempersoalkan sama ada perkhidmatan LRT telah pulih sepenuhnya ataupun tidak kerana masalah ini menyukarkan mereka lagi-lagi untuk ke tempat kerja pada waktu puncak.

Screenshot 2022 11 15 154354

Screenshot 2022 11 15 154149

Screenshot 2022 11 15 154216

Screenshot 2022 11 15 154254

Harap-harap ini kali terakhir perkhidmatan LRT tergendala seketika. Kalau tak kesian mereka yang pergi kerja naik LRT ni..

Baca : [TERKINI] LRT Laluan Kelana Jaya Kembali Beroperasi 14 November Ini Pada Jam 6 Pagi

F4 Lrt Tren Kj 758X399 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.