Aktiviti beriadah seperti berjoging, berbasikal, hiking dan sebagainya tak dinafikan amat menyeronokkan lebih-lebih lagi sekiranya dilakukan bersama rakan-rakan.
Dalam keseronokan itu, boleh juga ‘terselit’ insiden-insiden yang tidak terjangka sekiranya korang tidak berhati-hati dalam melakukannya. Samalah seperti dua orang gadis ini yang mendapat malu ketika seronok ‘bersampan’.
Klip video yang tular di aplikasi TikTok ini memperlihatkan dua orang gadis dari Indonesia yang ‘sakan’ beriadah bersama rakan-rakannya di atas pelantar tepi sungai.
Kelihatan mereka begitu ‘eksited’ untuk beriadah sambil menaiki sebuah sampan yang kelihatan agak usang. Namun, baru beberapa saat gadis yang kedua menyertai rakannya di dalam sampan itu, kejadian malang berlaku pula sehingga mendatangkan malu besar kepada mereka berdua.
Gagal seimbangkan diri
Apa yang mencuit hati, sampan tersebut karam pula secara tiba-tiba disebabkan salah seorang daripada mereka gagal untuk menyeimbangkan diri di dalam sampan kecil itu.
Natijahnya, kedua-dua mereka bukan sahaja tidak sempat untuk tunjuk ‘skill’ berdayung, malah basah kuyup pula setelah terjatuh kedalam air.
Rakan tak tolong, malah ketawa berdekah pula
Apa yang lebih melucukan, rakan-rakan mereka yang lain bukan sahaja tidak menghulurkan bantuan, malah sempat pula mentertawakan aksi lucu mereka berdua yang gigih untuk naik ke atas pelantar.
@papayyy04_ Ga kuaatt?? @hikmawandzikri6 #fyp #fypdongggggggg
@papayyy04_ Ini kelanjutannya guys? @luqluq__ #fyp #fypgakni #fypdongggggggg
Member kamceng macam tu lah. Ketawa dulu tolong kemudian.
Video yang berdurasi selama seminit itu berjaya meraih lebih daripada 11,000 views. Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dengan ‘adegan titanic’ yang tidak disangka-sangka itu.