“Zaman sekarang, member sendiri tak boleh percaya” itu adalah contoh-contoh pegangan netizen selepas melihat video viral di TikTok ini.
Video yang meraih lebih daripada 671K jumlah tontonan sejak 3 hari lepas ini telah membuatkan ramai netizen terbuka mata untuk tidak terlalu mempercayai orang termasuk kawan baik sendiri.
Mangsa tipu kawan baik sendiri
Menerusi akaun TikTok @ketamputih, seorang lelaki ada memberikan kawan karibnya pinjam kereta, namun tidak dipulangkan. Dia mendapat semula keretanya selepas 2 tahun dan itu pun ‘tersadai’ dekat sebuah hotel.
Bagaimanapun, dia tidak boleh ambil semula keretanya itu kerana rakan baiknya telah berhutang dengan pihak hotel.
@ketam_putih_fc Mangsa tipu dengan kawan baik sendiri..
Selepas menonton video ini, ramai netizen di ruangan komen menceritakan perkara yang lebih kurang sama terjadi kepada mereka dimana mereka juga dipergunakan oleh kawan rapat sendiri.
Dalam ada itu, ada juga netizen yang kongsikan jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi oleh lelaki ini selain daripada ada yang dah serik percaya kawan dalam bab duit.
Jangan percaya kawan lagi dalam bab-bab duit – Netizen
Kadang-kadang duit ini juga lah yang buatkan putus persahabatan, di sekeliling kita pun kalau bukan terjadi kepada diri kita, pasti dengar orang keliling yang lalui situasi seakan begini, pinjam duit tapi susah nak bayar sedangkan elok pergi bercuti dan bershopping sakan.
Ada juga yang kawan makan kawan, namun begitu, kadang-kadang sahabatlah orang yang ada disisi kita yang boleh bantu selain keluarga, mungkin ini dugaan buat mereka yang terkena. Sebagai pengajaran, tak salah kalau kita serik bantu orang yang hanya membebankan namun jangan lah sesekali serik dalam melakukan kebaikan.