in

“Semalam baru pakai sari lepastu..” – Auntie Siap Tolong Betulkan & Hadiahkan Sari Dekat Wanita Melayu Ini

Auntie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika di media sosial hangat memperkatakan isu cultural appropriation, lain pula @kynajusha, dia pelik kerana tak lama sebelum kontroversi ini berlaku, dia yang merupakan penggemar sari memakai pakaian tradisi itu ketika menaiki pengangkutan awam malah kerapkali dipuji cantik oleh bangsa India sendiri.

 

Semalam baru pakai saree lepastu setiap kali jumpa Indian mesti dorang puji cantik.”

https://twitter.com/kynajusha/status/1296410829349425153


Ceritanya begini, wanita bernama Kyna ini plan nak buat video kemerdekaan di Batu Cave bersama kawan-kawannya, sementara nak ke Batu Cave itu, Kyna ada beli Sari untuk dipakai ketika singgah di KL Sentral.

Katanya, wanita India yang menjaga kedai tersebut begitu baik sehingga sanggup buka baju dua tiga kali untuk memastikan dia nampak lawa dan kemas apabila memakainya.

Ketika dalam perjalanan dan ke Batu Cave, Kyna ada terjumpa dengan seorang Auntie ni, dan waktu inilah timbulnya elemen perpaduan antara mereka.

Ef3Gxobu4Aa3Tol Ef3Gxoauyam4Nfb

Auntie tersebut bantu membetulkan sarinya, sambil-sambil itu dia tanya samada Kyna suka pada Sari atau tidak dan Kyna menjelaskan bahawa dirinya memang benar-benar suka sari.

Disebabkan itu, Kyna dan Auntie tersebut bertukar nombor, amat mengharukan apabila Auntie itu sanggup naik motor dari Selayang ke Batu Cave untuk memberikan 7 pasang sari kepada Kyna.

Korang boleh tonton video perkongsian ini menerusi laman Instagramnya.

https://www.instagram.com/tv/CEI9gw6BdbV/?igshid=1b18d4trm1sv

Tweet yang dikongsikan itu telah meraih hampir 24K retweets dan rata-rata netizen kongsikan pengalaman sama mereka memakai pakaian India mereka.

 

What you did is appreciation – Netizen

Sari

 

Baca : Mira Filzah Buka Mulut Bila Dilabel ‘Cultural Appropriation Queen’

Mirafilzah 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.