in

[VIDEO] ‘Annoyed’ Dengan Soalan, PM Thai Sembur Sanitizer Dekat Reporter?

Pmthai3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan tak berkenan dengan soalan yang ditujukan, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha pada hari Selasa lepas (9 Mac) bertindak menyembur sanitizer kepada wartawan bertugas pada sidang akhbar mingguan, setelah ‘diserang’ dengan pelbagai pertanyaan.

Difahamkan ketika kejadian, beliau ditanya mengenai kemungkinan akan ada rombakan kabinet oleh salah seorang wartawan yang hadir pada sidang media tersebut


Pmthai

Genderal Prayut kemudiannya hanya mengatakan untuk jangan masuk campur sebelum mencapai satu botol sanitizer dan sembur dekat wartawan yang duduk di barisan hadapan, lapor Channel News Asia.

 

Untuk rekod, Bekas komander tentera yang dikatakan bersikap cepat marah ini pernah menggulingkan pemerintah sekitar tahun 2014, beliau ini juga terkenal dengan tingkah lakunya yang tidak dapat diramalkan.

Pmthai2

Sebelum ini, ketika sesi temu bual dengan pihak media pada tahun 2018, beliau bercakap sambil piat telinga salah satu wartawan dan melemparkan kulit pisang ke arah kamera.

79164819 Headpatemphasis

Selepas habis acara tersebut, dia enggan memberi ulasan kepada pihak media dengan hanya bercakap “tanya dia ni” sebelum berlalu pergi.

 

Baca : “Jarang tak gempak” – Ini 8 Iklan Thailand Paling Best, Nombor 3 Confirm Buat Korang Nangis

Thai

Sumber: CNA
Sumber: CNA
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.