in

“Jarang tak gempak” – Ini 8 Iklan Thailand Paling Best, Nombor 3 Confirm Buat Korang Nangis

Feature 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini yang suka tengok iklan Thailand? Jarang iklan dorang tak gempak. Jalan penceritaan pun dah macam short film dah. Kebanyakannya memang penuh emosi dan boleh buat air mata korang meleleh. Plot iklan dorang juga ada yang kelakar habis. 


Jadi, kali ini admin nak kongsikan lapan iklan dari Thailand yang paling best dan gempak yang korang perlu tengok. Selamat menonton!

#1 Ocean Skin Water Essence

Iklan ni bermula dengan suara latar yang membongkarkan rahsia untuk dapatkan kulit flawless kepada seorang gadis. Gadis tu pun ikut lah cakap suara tu yang suruh dia ke pasar untuk beli ikan dan bawa ikan tu ke Perancis dengan menaiki bot.

Iklan 1

Dia kemudiannya kena bagi ikan paus tu makan ikan yang dia beli tadi. Sebagai balasan, ikan paus tu muntahkan plankton kat muka dia. Rupanya, plankton tu lah bahan utama dalam esen kecantikan yang diiklankan. Memang luar kotak betul idea orang yang buat iklan ni!

#2 Sister (National Cancer Institute) 

Iklan dari Institut Kanser Kebangsaan Thailand ni pulak agak sedih. Ia mengisahkan tentang dua adik-beradik yang sering tak sehaluan. Namun, si kakak disahkan menghidap kanser dan penyakit itu menyebabkan mereka kembali rapat.

Iklan 3

Si adik pulak decide untuk dermakan rambut untuk dijadikan rambut palsu kakak dia sebab rambut dah banyak gugur susulan rawatan kemoterapi. So, dorang sebenarnya nak galakkan orang ramai derma rambut kat institut ni.

#3 Silence of Love (Thai Life Insurance) 

Iklan ini pula mengisahkan seorang gadis yang malu dengan ayahnya yang bisu. Dia selalu kena buli kat sekolah sebab benda ni. Disebabkan dia tertekan asyik kena hina, dia decide untuk bunuh diri.

Nasib baik ayah dia sempat bawak dia pergi hospital. Bila dia tahu yang ayahnya yang dermakan darah, baru lah dia sedar kasih sayang ayah tu takde gantinya. Iklan ni confirm boleh buat korang nangis, so better sediakan tisu sebelum tengok.

#4 The Everlasting Teacher (Iklan 7-Eleven Thailand)

Kedai serbaneka 7-Eleven juga tidak ketinggalan dalam menerbitkan iklan yang menarik. Ia mengisahkan tentang seorang profesor yang sangat komited untuk mencurahkan ilmu kepada pelajarnya. Yang ni korang kena tengok sendiri kalau nak faham jalan ceritanya. Confirm tak menyesal kalau tengok.

#5 The Power of Love (dtac Thailand) 

Mengisahkan tentang seorang ayah yang buntu bila bayinya menangis teruk, iklan ini telah diterbitkan oleh syarikat telekomunisi Thailand. Isteri dia pulak ke pasar raya untuk beli barang dapur. Macam-macam cara yang dorang buat untuk tenangkan baby tu tapi tak menjadi. Walaupun dia dah call wife dia mintak tolong, baby still lagi menangis.

Iklan 2

Nak tahu apa yang jadi dengan ending iklan ni? Korang kena tengok sendiri!

#6 Closer (LINE Global) 

Ditayangkan pada tahun 2013, iklan syarikat aplikasi komunikasi ini pula menceritakan seorang anak perempuan yang terlalu sedih dengan kematian ibunya sebab hubungan dorang terlalu rapat.

So, dia macam hopeless bila mak dia dah takde. Ayah gadis tu mula risau sebab dia selalu termenung. Korang kena tengok sendiri apa yang ayah dia buat untuk ceriakan semula hati anak tunggalnya ni. 

#7 Chaindrite (Iklan Spray Serangga Perosak) 

Iklan ni pulak dijamin akan buat korang gelak sebab ia menceritakan tentang sebuah keluarga yang berhadapan dengan masalah anai-anai kat rumah dorang.

Iklan 5

Yang paling kelakarnya, dalam iklan ni, anai-anai tu muncul dalam bentuk saiz manusia. Serangga tu siap menganjing dorang lagi dan kata spray yang dorang guna ni macam tak berkesan. Korang kena tengok sampai habis kalau nak tahu keberkesanan spray serangga ni.

#8 Unsung Hero (Thai Life Insurance) 

Iklan 6

Admin rasa iklan ni macam ada feel filem Thai sikit. Ditayangkan pada tahun 2014, iklan ni menceritakan tentang seorang lelaki yang suka membantu orang lain walaupun dia tak dapat apa-apa balasan pun. Iklan ini telah ditonton sebanyak 86 juta kali di YouTube.

Apa pendapat korang, iklan mana yang paling best? 

Baca: “Perghh duit boleh buat ulang alik pergi bulan” – Bayar RM2.7 Juta Kalau Nak Lisa Blackpink Jadi Model Iklan

Iklan

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.