in

[VIDEO] Anggota Komando Pat*h Tulang Rusuk Selepas Terjatuh Ketika Aktiviti Payung Terjun

ft komando

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tak berbau, satu video tular yang memaparkan individu yang dipercayai seorang anggota dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang terjatuh semasa menjalani aktiviti payung terjun di Pantai Klebang, Melaka.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku pada petang kelmarin dapat dilihat bahawa anggota tersebut ‘mendarat’ dengan begitu laju dan terjatuh.


Artikel berkaitan : Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan Ketika Gempa Bumi Lemah Di Bukit Kepong

Artikel berkaitan : Sudah Beli Cincin, Hasrat Anggota Polis Mangsa Hanyut Arus Deras Untuk Bertunang Tidak Kesampaian

 

View on Threads

 

Menurut sumber, ketika kejadian itu berlaku, mangsa yang berpangkat Koperal menyertai acara Sambutan Tahun Baharu 2026 dan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas (GGK) ke-60 di Encore, Melaka yang bermula 27 Disember lalu sehingga esok.

Difahamkan, anggota yang juga merupakan seorang pembantu jurulatih Cawangan Payung Terjun Pulpak itu patah tulang rusuk kanan selain disyaki retak di tulang leher dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Menurut seorang pengunjung, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.30 petang dan disaksikan oleh orang ramai untuk menonton acara terjunan bebas itu.

“Pada mulanya saya lihat anggota terbabit seperti mengalami kesukaran di udara dan berpusing-pusing sebelum mendarat dengan laju dan terhempas.”

“Dia kemudian dibantu beberapa anggota tentera yang bertugas sebelum dibawa dengan ambulans tentera.”

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.