in

“Budak kan boleh lihat” – [VIDEO] Anak Nampak ‘Tok Ayah’ Tepi Kubur, Reaksi Bapa Buat Ramai Sebak…

Pagee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ada tak adik-adik atau anak buah yang pernah kata dia nampak benda yang korang tak nampak? Kata orang, kanak-kanak mempunyai ‘anugerah’ istimewa yang membolehkan mereka melihat makhluk-makhluk halus yang tidak dapat kita nampak dengan mata kasar.


Baru-baru ini tular di laman Tiktok berkenaan seorang budak lelaki yang ternampak kelibat ‘tok ayah’ di sebuah kawasan perkuburan bersama ibu bapanya.

@fhnaddd73

Rindu tok ayah agaknya #prematurebaby #exprem28weeks #fypシ

♬ original sound – Fhnaddd – Fhnaddd

Melalui video yang dikongsi oleh pengguna @fhnaddd73, keluarga itu dikatakan melawat kubur arwah datuk kepada budak lelaki tersebut yang turut digelar tok ayah dalam kalangan mereka.

Kanak-kanak itu dilihat yakin memberitahu ibu bapanya yang ‘tok ayah’ juga berada di sana bersama-sama mereka. Dia turut menunjukkan arah di mana dia ternampak kelibat arwah datuknya itu. Boleh jadi tok ayah tu rindu cucu dia.

Melihat anaknya yakin, ibu bapa budak lelaki itu memintanya untuk menegur dan memberitahu ‘tok ayah’ bahawa mereka sedang melawatnya. Alahai, sebak pula rasa…

Video tersebut viral di laman Tiktok baru-baru ini dengan jumlah tontonan melebihi 300 ribu dan lebih 30 ribu like.

Rata-rata netizen menekankan bahawa kanak-kanak memang diberi kebolehan untuk melihat ‘benda’ yang kita tidak nampak. Ada juga yang turut kongsi pengalaman melihat makhluk halus ketika mereka kecil.

6 3 2

Sebahagian netizen turut sebak melihat gelagat anak kecil itu yang pastinya merindui tok ayahnya.

54

Rajin adik ni ikut mak ayah lawat atuk di kubur. Semoga membesar menjadi anak yang baik dan soleh.

Sumber: Tiktok

Baca: “Mana dia belajar ni!” – [VIDEO] Budak Berlakon Pengsan Sebab Takut Kena Marah Buat Netizen Berdekah

1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.