in

Video Ajar Siang Ikan Dapat Lebih 2 Juta Views, Ramai Netizen Cakap Wanita Ini ‘Power’

Cats 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau pergi pasar beli ikan ke ayam ke, mesti pekerja dekat situ dah tolong siang dan bersihkan, betul tak? Balik rumah tinggal nak masak sahaja. Senang kan?


Tapi, korang kena tahu juga cara nak siang lauk yang korang nak masak tu sebab mana la tahu kot tiba-tiba mak mertua minta tolong siang ikan, haa sudah habis hancur juga tu dibuatnya.

Untuk yang tak berapa ada ilmu nak siang ikan, korang sebenarnya boleh tengok video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok sumeiy atau nama sebenarnya Sumaiyah Mohd Nasri yang berumur 24 tahun.

Mesra disapa sebagai Sumaiyah, salah satu video yang dikongsikan oleh wanita itu yang dimuat naik pada 6 Mac yang lalu telah mendapat tontonan lebih dari 2 juta dengan lebih 200 ribu likes serta hampir 7 ribu share.

@sumeiy

♬ DJ Cantik Jar Of Heart Remix – DJCantik

Perkongsian video dari Sumaiyah buat ramai wanita yang makin nak belajar cara untuk menyiang ikan. Lepas viral video siang ikan hanya menggunakan gunting yang mendapat lebih 2 juta tontonan, ramai yang beri cadangan kepada wanita ini untuk tunjukkan cara-cara menyiang pelbagai jenis ikan lain seperti ikan siakap, ikan cencaru, dan ikan seludu.

@sumeiy

Reply to @budakkeciktumpanglalu untuk buang kulit. Minggu depan yaaa inshaallah! #KPHDKULIM #KPHDTEAMSUMEIY #MARKETKULIM #KAMBINGPERAPDAGINGDANOK

♬ Ballerina – Raffaella

Wah, bagus lah dah ramai yang mula nak belajar siang ikan. Bukan perempuan je boleh belajar, lelaki pun boleh. Kot-kot la nanti isteri atau ibu minta tolong. Boleh la korang tunjuk hebat.

 

Nampak macam senang

Rata-rata netizen komen yang cara wanita itu siang ikan memang terbaik sebab nampak senang dan boleh dipraktiskan.

Photo6316721295898815559

Photo6316721295898815558

Bulan puasa ni kan selalu memasak, so boleh la belajar-belajar siang ikan sendiri lepas ni. Belajar kat Tiktok je senang.

 

Sumber: sumeiy

Baca:”Macam mana boleh jatuh tu?”- [VIDEO] Kelakar! Cucu Gigih Cari Gigi Palsu Nenek Terjatuh Dalam Kolam Ikan

Capture 39

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.