in

Varian Mu Dikesan Di 39 Negara, Berikut Info Tentang Varian Baharu Ini

Cover 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum lagi reda Varian Delta, kini muncul pula varian baharu yang dikenali sebagai Varian Mu. Varian Mu telah dikesan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini.

Varian Mu pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021, namun ia diklasifikasikan sebagai ‘Variant of Interest’ (VOI). Sehingga ke harini ini, beberapa VOI turut dikesan di Malaysia seperti Varian Eta (B.1.525) dan Varian Kappa (B.1.617.1).


Outbreak Coronavirus World 1024X506Px

Selain daripada VOI, Variant of Concern (VOC) turut dilaporkan di Malaysia membabitkan Varian Beta (B.1.351), Varian Alpha (B.1.1.7), dan Varian Delta (B.1.617.2).

Fakta tentang Varian Mu:

WHO telah mengklasifikasikan varian ini sebagai VOI dan ia merupakan VOI kelima yang dipantau oleh pertubuhan ini. Empat VOI yang lain adalah Eta, Ioa, Kappa dan Lambda.

Varian Mu dilaporkan memiliki kebolehan genetik yang dapat mempengaruhi karakteristik virus seperti tahap keparahan penyakit, kekebalan, penularan & kemampuan dikesan serta perawatan.

Sejak 30 Ogos lalu, varian ini telah dikesan di 39 negara dan diletakkan dalam pemerhatian oleh WHO. Antara negara yang dikesan mempunyai Varian Mu adalah Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, Kanada, Ecuador dan beberapa bahagian Eropah.

Bahayanya tentang varian ini, WHO mendakwa ia mampu untuk bermutasi yang berkemungkinan mampu mengatasi sistem imun. Bagaimanapun, WHO memaklumkan kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk memahami ciri-ciri Varian Mu.

 

Sumber: Awani, Straits Times

BACA: Tiada Kematian Akibat Vaksin Covid-19 Sejak PICK Bermula

Capture 8

Sumber: CDC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.