in

Tiada Kematian Akibat Vaksin Covid-19 Sejak PICK Bermula

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi sidang media semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, tiada kematian akibat vaksin Covid-19 direkodkan.


Sehingga hari ini, saya nak tekankan yang tiada kematian berkaitan vaksin telah direkodkan.”

Menurut Kosmo, menerusi sistem pelaporan berkaitan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), hanya 0.04 daripada 1,000 dos dikategorikan sebagai serius.

Kebanyakan daripada kes yang mengalami kesan sampingan teruk ini hanya memerlukan tempoh rawatan singkat di hospital.”

Fw1148351Ptj5901032021Vaksin Scr

Untuk pengetahuan korang, dari 24 Februari lalu sehingga 30 Ogos, sebanyak 34,455,366 juta vaksin telah diberikan dan daripada jumlah ini, hanya 20.7 daripada 1,000 dos menerima laporan gejala ringan di aplikasi MySejahtera.

Kesan sampingan ringan yang dilaporkan antaranya sakit di bahagian suntikan, sakit kepala dan kelesuan dalam kalangan penerima vaksin.”

Selain itu, Khairy memberitahu yang kementeriannya kini sedang mencari pendapat pakar mengenai suntikan booster.

Buat masa sekarang, kami berpuas hati untuk teruskan dulu PICK yang sedia ada. Keutamaan kami adalah untuk menyediakan vaksin kepada orang yang masih belum menerima vaksin sebelum bercakap tentang suntikan booster bila kami dapat pendapat pakar menjelang akhir bulan ini.”

 

Baca: “KJ dah letak jawatan” – Lelaki Terkejut Dihalang Rakam Suntik Vaksin Gara-gara Menteri PICK Letak Jawatan

Screenshot 2021 09 02 At 11.31.45 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.