in

“Vaksin tak bermakna sifar COVID-19” – WHO Bimbang Orang Ramai Mula Leka, Anggap Virus Dah Tamat

Vaksin Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan bahawa penggunaan vaksin untuk melawan wabak COVID-19 tidak akan menamatkan virus tersebut.


Pertubuhan itu juga berkata, meskipun vaksin wabak berkenaan sudah hampir tersedia, ia tidak bermakna krisis kesihatan itu akan menemui titik nokhtahnya.

“Vaksin tidak bermakna sifar COVID-19,” kata pengarah kecemasan WHO, Dr. Michael Ryan.

Mike Ryan E1607136365110

Tambah Dr. Michael Ryan lagi dalam satu sidang media secara maya, vaksin COVID-19 tidak mampu untuk menghapuskan wabak itu dan ia tidak akan diperoleh semua orang pada awal tahun hadapan.

Pada rabu lalu, media melaporkan Britain menjadi negara Barat pertama yang telah meluluskan sejenis vaksin untuk kegunaan awam. Hal ini telah memberikan tekanan buat negara-negara lain di dunia untuk segera bertindak.

Tedros E1607136643251

Tedros Adhanom Ghebreyesus yakni Ketua Pengarah WHO berkata, meskipun kejayaan terbabit memberikan kelegaan dan harapan buat semua, pihak WHO bimbang akan tanggapan orang ramai yang virus maut itu akan tamat tidak lama lagi.

Setakat semalam, jangkitan COVID-19 di seluruh dunia sudah melebihi 65 juta kes dan sekurang-kurangnya 1.5 juta rakyat dunia telah terbunuh sejak virus ini pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember tahun lalu.

“Wabak ini masih panjang dan keputusan yang bakal dibuat oleh pemimpin negara dan rakyat dalam masa beberapa hari ini akan menentukan perjalanan virus,” kata Tedros.

Covid 19 Vaccine E1607136871299
Gambar hiasan

Memetik laporan Berita Harian, berdasarkan gambaran keseluruhan oleh WHO terhadap calon vaksin, 51 vaksin sedang dalam proses ujian ke atas manusia. 13 daripadanya dilaporkan sudah mencapai ujian secara besar-besaran pada peringkat akhir.

Sebanyak 163 calon vaksin lagi sedang diusahakan di makmal yang kemudiannya akan diuji ke atas manusia.

Sumber: Berita Harian

Baca: “Jika pun ada bahan asal yang haram…” – Deep! Mufti Perlis Perjelas Kenapa Vaksin Covid-19 Tak Perlu Diragukan

Maza 1 E1607136161197

Sumber: WHO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.