in ,

“Vaksin Influenza tidak disediakan untuk Orang Awam”- Ketua Pengarah Kesihatan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ini boleh dikatakan ramai yang mula panik dengan wabak influenza yang dikatakan semakin menular.

Malah beberapa negeri mencatatkan peningkatan pesakit yang berjangkit dengan wabak ini.

Namun memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, vaksin influenza ini tidak disediakan kepada orang awam sebaliknya…

Hanya pesakit yang berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan termasuk kematian akan diberikan vaksin influenza dan pemberiannya berdasarkan kepada penilaian klinikal daripada pakar yang merawat pesakit terbabit.

“Selain itu, vaksin ini turut diberikan kepada anggota barisan hadapan KKM (kakitangan kesihatan) yang terdedah kepada jangkitan semasa mengendalikan pesakit,”

Sumber: Berita Harian

Bagaimanapun katanya, orang awam yang ingin mendapatkan suntikan vaksin boleh mendapatkan suntikan berkenaan di klinik atau hospital swasta, lapor Harian Metro.

 

Diharapkan ramai yang jelas dengan kenyataan ni dan tak salah faham

Baca : Kalau infected influenza tak payah call lawyer atau tempah pulut kuning utk majlis tahlil- Doktor Ini Kata Jangan Panik

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: