Pandemik Covid-19 masih belum menunjukkan trend penurunan yang signifikan. Kehadiran Varian Delta yang lebih berbahaya juga menjadikan virus ini lebih menyeramkan.
Terkini, syarikat pengeluar Vaksin Sinovac, Sinovac Biotech Ltd. mempertahankan keberkesanan vaksin tersebut dalam melawan Covid-19 varian Delta.
Memetik laporan The Star, jurucakap syarikat tersebut, Liu Peicheng berkata, walaupun setakat ini masih tiada data yang tersedia bagi mengukur daya ketahanan vaksin ini terhadap varian Delta, penyelidikan di beberapa negara luar telah membuktikan kadar keberkesanan dari kebolehjangkitan dengan penggunaan vaksin Sinovac sangat tinggi.
Peicheng berkata lebih 90% keberkesanan telah dihasilkan bagi mengelakkan mereka yang terkena jangkitan Covid-19 mengalami simptom teruk dan perlukan rawatan di hospital. Walaupun ada sedikit kadar kekurangan dan kesan sampingan, Sinovac masih efektif dalam melawan virus Covid-19 Varian Delta.
Dalam pada itu, Peicheng juga mengulas mengenai keperluan suntikan dos ketiga ‘booster’ bagi penerima lengkap dua dos vaksin Sinovac. Kajian mendapati antibodi penerima suntikan dos ketiga adalah lebih tinggi berbanding mereka yang menerima hanya dua dos vaksin keluaran syarikat itu.
Walau bagaimanapun, pihak Sinovac masih melakukan penyelidikan secara klinikal mengenai keperluan suntukan dos ketiga ‘booster’ bagi melawan varian Delta yang kian mengganas ini.
Baca: Varian Delta Boleh Tersebar Dalam Masa 15 Saat, Boleh Dijangkiti Melalui Udara – Dr. Hisham