in

“Ustaz tak kesian ke?” – ADUN Merlimau ‘Mengamuk’, Setahun Murid Sekolah Belajar Atas Lantai

Adun Merlimau Mengamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhammad Akmal Saleh dilihat ‘mengamuk’ selepas mendapat tahu murid-murid di sebuah sekolah agama tidak mempunyai meja dan kerusi untuk belajar.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok beliau, Dr Akmal hadir ke sekolah berkenaan bagi meninjau keadaan semasa selepas memperoleh aduan ekoran ketiadaan keperluan asas yang diperlukan oleh murid.


Dalam video tersebut, ADUN Merlimau yang masuk ke sebuah kelas terkejut apabila diberitahu kelengkapan belajar murid-murid itu tidak disediakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hampir setahun.

Artikel berkaitan: Enggan Ikut Harga Asal , Exco Melaka ‘Gertak’ Tarik Lesen Kilang Beras Tempatan

G

 

Bagaimanapun, Dr Akmal memaklumkan bajet sudah pun diluluskan pada akhir tahun lalu untuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membeli kerusi dan meja.

Tetapi wakil daripada JAIM mengatakan perolehan dari bahagian kewangan kerajaan negeri tidak diperolehi sehingga kini.

“Setahu saya peruntukan sudah dapat akhir tahun lepas lagi, kenapa sampai sekarang tidak dapat lagi peruntukan untuk membeli kelengkapan ini. Kesian anak-anak, ustaz tak kesian ke tengok anak-anak ni.

“Nak ambil masa berapa bulan lagi, ini sudah bulan lima. Kalau peruntukan tidak dapat lagi saya tahu la, ini sudah lama dapat,” kata Dr Akmal.

@drakmalsaleh

Tidak boleh saya terima apabila anak2 kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja & kerusi Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya #drakmalsaleh

♬ The Champion – Lux-Inspira

Keadaan bertambah panas apabila ustaz berkenaan memaklumkan memerlukan tambahan lagi tiga bulan untuk menyelesaikan masalah itu.

Susulan itu, Dr Akmal memutuskan untuk membeli sendiri kelengkapan belajar untuk kegunaan murid. Dalam pada itu, beliau kesal melihat birokrasi dalam JAIM sehingga murid terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja dan kerusi.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.