Semenjak dua menjak ini, pempengaruh dan TikToker, Tareq Fit dilihat sering melontarkan pandangan dan teguran berkenaan dengan isu semasa, lebih-lebih lagi berkenaan orang yang dikenali.
Namun, kelantangannya dalam memberikan teguran itu telah membuatkan pelakon Fasha Sandha jadi kurang senang dengan cara teguran yang dilakukan itu.
Artikel berkaitan : “Walaupun bertudung haram tetap haram” – Tareq Fit Perjelas Kenapa Jana Duit Buat Konsert Haram
Artikel berkaitan : “Trend ikut syahwat” – Tareq Fit Sifatkan Trend Lagu Jamilah Mengarut
“Ustaz ni sempurna sangat ke?”
Umum mengetahui, nama pelakon Que Haidar sebelum ini pernah menjadi tumpuan berikutan dengan lagu Jamilah di TikTok, bagi yang mengikuti perkembangan kes ini, Tareq Fit pernah membuat teguran secara terbuka terhadap trend tersebut.
Teguran lain juga dibuat baru-baru ini susulan dengan sebuah konsert yang dilakukan pada hujung minggu lalu.
Fasha yang terpanggil dengan kenyataan Tareq Fit itu telah tampil memberi respon. Jelasnya, dia mula perasan dengan tindakan pempengaruh itu sejak Tareq Fit bersuara mengenai isu Que Haidar lagi.
“Siapa kita untuk nak kata haram atau halal? Maaf, ni ustaz ke? Saya dari hari tu, macam nak tulis bila dia mengata pasal Que Haidar lapar perhatian, macam sotong.”
“Saya macam nak tanya dia, tau tak Que Haidar tu mencari rezeki untuk keluarga dia dan disebabkan video tu juga, asbab untuk dia bangkit semula selepas lama berehat dari industri.”
View this post on Instagram
Berkenaan dengan teguran tentang konsert yang berlangsung pada baru-baru ini, Fasha menyifatkan bahawa tindakan teguran terbuka Tareq Fit itu solah-olah ingin mengaibkan orang.
“Today keluar di explore dia cakap bab idola saya, pasal halal haram, pasal pergi tempat bermaksiat… Konsert tu juga adalah konsert untuk amal kebajikan. Konsert juga dihadiri ramai selebriti, vips, ahli-ahli agama dan ramai kerabat dan YM permaisuri…”
“Perlu ke nak tulis begini? Maaf saya memzng tak hebat bab agama, saya kerdil dan banyak kelemahan, tapi dalam Islam boleh ke buat teguran secara terbuka begini? Bukankah ini meng’aib’ kan? Maaf, kalau orang lain tegur ustaz bagaimana? Ustaz ni sempurna sangat ke?”
“Kalau ustaz ada keluarga untuk dijaga, begitu juga QUE HAIDAR dan Datuk Seri Siti, mereka juga ada keluarga. Memang mereka jenis tak peduli apa orang kata, tapi, anak cucu mereka bagaimana?”
Fasha menerusi Instagram miliknya turut mengeluh sikap segelintir pihak yang terlalu gemar membuat teguran secara terbuka apabila sesuatu perkara itu melibatkan artis, sedangkan boleh mesej secara terus.
“Kalau kawan-kawan mereka tanya di sekolah? Ustaz boleh ke DM kalau nak tegur? Tak boleh terima la. Asal artis je selalu je kena dapat teguran secara terbuka begini. Ustaz-ustaz ni sempurna sangat ke?”
Tegas Fasha lagi, daripada ingin menjatuhkan air muka seseorang artis, adalah lebih baik jika perkara itu ditegur bukan di khalayak ramai.
Sumber : Instagram
