Nama penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Insan yang banyak membantu golongan yang memerlukan di dalam dan luar negara ini sudah menjadi buah mulut sejak awal negara kita dilanda pandemik Covid-19 tahun lalu.
Baru sahaja kehilangan ayah tercinta akibat kanser, Ustaz Ebit Lew mengambil iktibar dan memberikan manfaat kepada orang lain dengan membuka rumah transit untuk pesakit kanser. Menerusi hantaran di Facebook Ebit Lew, beliau mengumumkan pembukaan rumah transit itu dan penginapan disana adalah percuma.
Alhamdulillah, terima kasih UEL
Rata-rata warga net mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih dengan usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew untuk membuka rumah transit ini. Sebagai orang yang merasai pengalaman bersama pesakit kanser, pastinya UEL faham akan dugaan yang ujian yang dihadapi keluarga pesakit, sebab itulah UEL buka rumah transit.
Setiap kesilapan yang kita lakukan tak akan menghilangkan kebaikkan yang pernah kita buat. Semoga terus berbuat baik dan menjadi teladan untuk orang ramai ye Ustaz.
Betul, kita hidup untuk redha Allah. Kalau nak puaskan hati manusia memang susah, kita buat je kebaikkan. Kalau ada orang yang dapat manfaat tu kira bonus untuk kita.
Amiinn. Semoga mereka yang memerlukan dapat dipermudahkan urusan dengan kebaikkan yang UEL sediakan ni. Harap dapat ringankan beban dan lebih bersemangat melawan kanser. Semoga dipermudahkan segala urusan, hendakNya.