in

Ustaz Azhar Idrus Semakin Sihat, Perlu Lebih Banyak Rehat Untuk Benar-Benar Sembuh

Ustaz Azhar Idrus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alhamdulillah, nampaknya kesihatan penceramah bebas kesayangan ramai, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa sebagai UAI dilaporkan semakin baik.

Walau bagaimanapun, UAI masih lagi berada di hospital. Difahamkan, beliau masih perlu berehat dan melalui rawatan lanjut. UAI juga dikatakan tidak mahu menerima sebarang kunjungan tetamu daripada mana-mana pihak kecuali ahli keluarganya dipercayai kurang selesa selain mahu berehat.


Menurut laporan, UAI yang juga Penaung Pertubuhan Fisabilillah Terengganu dimasukkan ke HSNZ pada tengah hari Selasa lalu kerana batuk dan lelah.

Ustaz Azhar Idrus juga mengalami batuk yang berterusan sehingga mengganggu keselesaan ketika menyampaikan kuliah. Beliau kemudiannya ke hospital bagi melakukan pemeriksaan sebelum dimasukkan ke wad.

Ustaz Azhar Idrus

Menurut Jurucakap Pertubuhan Fisabilillah Terengganu, penyakit UAI masih belum diketahui.

“Menurut isteri dan anaknya, UAI dimasukkan ke hospital kerana batuk dan lelah.”

“UAI yang masih memerlukan rawatan sudah dipindahkan ke wad kelas pertama HSNZ dan mohon sama-sama doakan agar Al-Fadhil Ustaz diberi kesembuhan dan kesihatan.”

Berikutan itu juga beberapa ceramah dan kuliah yang sepatutnya dihadiri UAI terpaksa dibatalkan.

Moga UAI semakin sembuh. Ramai yang rindu ustaz, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Sumber: Berita Harian

Baca:Penangan UAI’ [VIDEO] Pasukan Bomba Sampai Keluar Perbarisan, Gara-gara Nak Selfie Dengan Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.