Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad telah menggesa agar siasatan dijalankan ke atas pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq selepas dia mengaku telah membawa jemaah yang tidak divaksinasi untuk menunaikan umrah.
Ekoran kenyataan yang dibuat oleh Idris ini, Ustaz Abu Syafiq menerusi Instagram telah membuat pendedahan mendakwa bekas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa ahli kerajaan lain tidak mengambil vaksin Meningococcal Meningitis (MM) ketika menunaikan umrah baru-baru ini.
https://www.instagram.com/p/CYoERF1NcQ_/
Menurut pendakwah ini, Menteri Agama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepatutnya menjalankan siasatan ke atas mantas perdana menteri tersebut dan rombongan berbanding dirinya sendiri.
PDRM, KKM dan Menteri Agama wajib siasat Mantan PM Mahyuddin Yassin dan rombongan. Mereka pergi Umrah baru-baru ini tak Vaksin MM langsung. Nak siasat sangat kan. Siasatlah! Bila saya bongkar geng Kerajaan lah yang tak Vaksin MM bila dtg Saudi. Mula nak tutup buku?!
Dok wajibkan Vaksin. Tapi jenis Vaksin pun jahil.
*Jangan ‘Sembah’ Vaksin Usah Per’tuhan’kan WHO
https://www.instagram.com/p/CYn9OQht681/
Tak cukup dengan itu, Ustaz Abu Syafiq turut mendakwa ada ahli keluarga kerajaan yang datang ke Saudi untuk cuci wang haram dan perkara ini akan didedahkannya tak lama lagi. Pendakwah ini juga turut mengatakan yang dia akan membuat laporan polis di Saudi mengenai perkara ini.
https://www.instagram.com/p/CYoOfvoNmYa/
Kenyataan dari Ustaz Abu Syafiq jelasnya telah meninggalkan tanda tanya kepada ramai netizen. Harapnya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.
Baca: Isu Mengaku Pergi Umrah Tak Vaksin, Ustaz Abu Syafiq Jelaskan Perkara Sebenar…