in

Usian Bolt Akhirnya Dedah Nama Anaknya, Peminat Teruja Gelarkan Sebagai ‘Nama Terbaik 2020’

Usian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan atlet olimpik lari pecut dari Jamaica yang turut merupakan manusia terpantas di muka bumi ini? Pada bulan Mei lalu, Usian Bolt telah selamat menyambut kelahiran bayi perempuannya dan dia telah memutuskan untuk merahsiakan nama anaknya.


Pelari pecut berusia 33 tahun itu pada awalnya tidak mahu berkongsi gambar anaknya kepada umum. Namun, semasa ulang tahun kelahiran isterinya, atlet tersebut telah memberi sedikit gambaran pertama mengenai anak perempuannya dalam satu kepsyen di Instagram miliknya yang ditujukan khas buat isterinya.

Usain bukan sahaja telah memuat naik satu gambar isterinya yang sedang memeluk bayi mereka. dan mengucapkan selamat ulang tahun, malah dia turut reveal gelaran nama anak perempuannya iaitu Olympia Lightning Bolt.

Pelari pecut yang berjaya memecah rekod dunia pada tahun 2009 itu turut mengungkapkan kata-kata manis untuk girlfriendnya itu.

“Saya tidak mahu apa-apa selain kebahagiaan untuk anda dan akan terus melakukan terbaik untuk menjaga senyuman di wajah anda. Sekarang kami telah memulakan babak baru bersama putri kami Olympia Lightning Bolt. Saya menantikan apa yang akan dibawa oleh masa hadapan. Tapi saya yakin akan tetap menjadi ROCK untuk keluarga ini. Saya sayang awak dan selamat ulang tahun ke 21”

Awh.. so sweet..

Baca: ‘Unik gila nama anak dia’ – Petani Di India Namakan Anak ‘Lock Down’ Sempena Mengingati Peristiwa Berkurung

1A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.