in

Urut-urut, Sangkut!

Kejadahnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tak guna media sosial untuk buat kerja jahat tak boleh ke?!


Semalam sebuah premis refleksologi kat Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar diserbu Jabatan Imigresen Kedah sebab dipercayai menawarkan perkhidmatan seks guna aplikasi WeChat, lapor Berita Harian.

Premis tu berselindung di sebalik nama pusat refleksologi dan guna modus operandi di mana pelanggan boleh tempah tukang urut dan tetapkan harga setiap perkhidmatan untuk kaburi pihak berkuasa.

Q1 3
sumber: berita harian

Dalam serbuan jam 4:30 petang berkenaan, lima orang wanita dari Thailand kena tahan ketika masing-masing tengah leka melayan pelanggan kat premis dua tingkat tu. Menurut Pengarah Imigresen Negeri Zuhair Jamaludin, tukang urut yang kerja kat situ berusia antara 20 hingga 38 tahun. Dorang ditahan sebab buat kesalahan imigresen dan langgar syarat pas yang diberi.

Premis tu dipercayai menawarkan perkhidmatan seks termasuk urutan body to body (B2B) pada kadar harga RM148 sejam, selain khidmat urut biasa RM60 sejam dan urutan badan termasuk kemaluan sebanyak RM110 sejam. Ewww!

Q2
sumber: harian metro

“Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan urutan ini boleh menempah melalui aplikasi WeChat dan memilih tukang urut diinginkan seperti yang dipaparkan dalam aplikasi itu.”

“Dalam serbuan ini juga, kami turut keluarkan saman ke atas lima lelaki tempatan berusia antara 26 dan 40 tahun yang dipercayai adalah majikan, penjaga kaunter dan tiga lagi adalah pelanggan pusat refleksologi itu,” kata Zuhair.

Q3
sumber: harian metro

Zuhair menceritakan yang premis tu pernah diserbu beberapa kali tapi gagal sebab pengawasan kat situ memang ketat. Jadi dorang terpaksa menyamar jadi pelanggan yang nak buat tempahan atas talian bagi memudahkan tangkapan dijalankan.

Semua warga asing tu akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut. Haish ape lah nak jadi dengan negara kita ni!

Baca: Nak Beli Ubat Besarkan Payudara, Budak 13 Tahun Dirogol ‘Penjual’

Saas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.