in

UPSR Mungkin Mansuh Selamanya, Perbincangan KPM Kini Di Peringkat Akhir

Untitled Collage 86

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berkemungkinan besar tidak akan diadakan lagi bermula tahun depan.


Kementerian Pendidikan Malaysia kini dilaporkan sedang dalam peringkat akhir kajian sebelum mempertimbangkan cadangan untuk memansuhkannya.

Berita Harian dalam laporannya memetik Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya bahawa kerajaan akan membuat keputusan muktamad berhubung pemansuhan itu selepas perincian kajian tamat tidak lama lagi.

Jelas Muslimin, kemungkinan besar juga UPSR yang diadakan tahun lalu merupakan yang terakhir diduduki oleh murid.

Katanya lagi, kementerian tiada sebarang perancangan untuk menggantikan UPSR dengan ujian lain. Justeru, pencapaian akademik pelajar tahun enam akan dinilai menerusi pentaksiran berterusan, ujian esei dan temu duga bagi membolehkan mereka ditempatkan di lima jenis sekolah khusus.

Pada 15 April lalu, KPM mengumumkan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

 

Baca: “Lebih baik mansuh terus sekolah rendah” – Netizen ‘Terkedu’ Dengar Cadangan Mansuhkan UPSR?

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.