Animasi Upin & Ipin sememangnya popular bukan sahaja di negara ini malah di seluruh rantau Asia terutamanya Indonesia.
Karekter-karekter yang ada di dalam animasi tersebut bukan saja berjaya menambat hati kanak-kanak malah semua peringkat umur turut ‘jatuh cinta’ dengan siri animasi tersebut.
Namun yang tak bestnya baru-baru ini berlaku perbalahan diantara fans Malaysia dengan Indonesia selepas siri animasi D.O.A yang terkenal di negara seberang itu memperkenalkan watak baharu iaitu Burik & Gepeng yang mirip karakter Upin & Ipin.
Burik & Gepeng
Umum rasanya tau karekter Upin & Ipin tampil sebagai budak kembar, pendek dengan seorang mempunyai sehelai rambut manakala seorang lagi botak licin..betul..betul..betul
Karekter sama ditonjolkan dalam Burik & Gepeng cuma yang berbeza dari segi ketinggian dan warna kulit.
https://www.youtube.com/watch?v=SrtfaZtQiOI
Ini sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi khususnya dari kedua-dua negara apabila mereka mula berbalah dan ‘claim’ tentang keaslian animasi tersebut.
Ada yang mengatakan Burik & Gepeng meniru Upin & Ipin dan ada yang mengatakan sebaliknya.
Malah persengketaan netizen kedua-dua negara seperti tak ada penghujungnya bila hal-hal yang tak berkaitan juga dibangkitkan dalam perbalahan itu.
Korang boleh tengok macam mana kartun Burik & Gepeng kena ‘troll’ dalam page Facebook MPIC Animation Studios yang merupakan syarikat penerbitan siri animasi tersebut.
Sah-sah Upin & Ipin dari Indonesia, kita yg maling #doneclaim
Upin Ipin version yang banyak dosa #doneclaim
Ye la ye la nicklodeon, harry potter semua dari indonesia
Apa kata korang tak payah lah gaduh-gaduh sebab kita ni pun serumpun, apa kata kita support dua-dua animasi, settle masalah!
Baca : Semua Sebab Terpengaruh Dengan Upin Ipin!