in

Uniqlo Roadside Store Dibuka Secara Rasmi Hari Ini, Siap Boleh Print Tshirt Design Sendiri Lagi!

Ft Uniqlo 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembukaan outlet roadside pertama Uniqlo pasti sahaja dinantikan oleh ramai pelanggan. Dikenali dengan kualiti pakaiannya yang selesa, setiap peminat pasti tidak sabar untuk serbu jenama besar Jepun itu bagi mendapatkan sale pada hari pembukaannya!

Menjadi negara ke 5 yang memilki butik khas jenama tersebut, pembukaan outlet ini sebenarnya menyerupai roadside store yang ada di Jepun.

Dibuka secara rasmi bermula hari ini (18 Disember), keluasan outlet ini pasti sahaja akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa. Mungkin ada yang tak nak keluar nanti.


 

 

Tawarkan servis baharu!

Walaupun lebih dikenali dengan produk pakaian berkualiti tinggi, outlet yang terletak di Bandar Sri Damansara ini turut menambah kasut sebagai koleksi baru di kedainya.

Kalau pakaiannya pun dah selesa, min yakin keluaran baru ni akan sama hebat kualitinya…

 

Boleh print design sendiri!

Selain dari menawarkan beberapa produk baharu, keunikan Uniqlo DA Square ini juga ialah pelanggan dapat share kreativiti sendiri dengan mencetak design rekaan mereka di ruangan UTme! yang disediakan.

Selain tawaran harga yang rendah sempena pembukaanya, Uniqlo juga turut menawarkan tote bag Uniqlo U secara buat pelanggan yang berbelanja sebanyak RM200 dalam satu resit.

 

Capture 3 7

Tak cukup dengan tu, bagi 500 pelanggan pertama pula Uniqlo akan bagi goodie bag percuma dari 18 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020. 

Nak kena pergi ni!

https://www.instagram.com/tv/CI4ud9TjCI2/?utm_source=ig_embed

Jadi kalau nak ada feeling-feeling membeli-belah dekat Jepun, boleh la try datang sini. Tapi jangan lupa patuh SOP!

Baca : Sempena Ulangtahun Ke 10 Di Malaysia, UNIQLO Bakal Buka Gedung Sendiri Disember Ini!

Capture 2 7

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.