in

Sempena Ulangtahun Ke 10 Di Malaysia, UNIQLO Bakal Buka Gedung ‘Sendiri’ Disember Ini!

Ft Uniqlo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi menyambut ulangtahun ke 10 jenama ini bertapak di Malaysia, Uniqlo mengumumkan pembukaan gedung tepi jalan pertamanya di Malaysia!


Pengumuman yang dibuat di akaun facebooknya semalam turut mengumumkan pembukaan gedung itu pada bulan Disember nanti.

Wahh akhirnya ada juga gedung jualan untuk jenama Uniqlo akhirnya!

As we mark UNIQLO's 10th anniversary in Malaysia this November, we are happy to announce that our FIRST roadside store…

Posted by Uniqlo Malaysia on Monday, November 9, 2020

 

Menurut perkongsian tersebut, gedung itu dibina berhampiran dengan kawasan perumahan dan pejabat selain turut menitikberatkan keselesaan pembeli terutamanya kepada golongan warga emas dan golongan kelainan upaya.

Gedung yang berkonsep stand alone itu bakal dibuka di Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara.

Pembukaan stor terbaru jenama tersebut pastinya menjadi tumpuan ramai dengan produknya berkualiti, serta tawaran harga yang sangat berbaloi setiap kali pembukaan baru.

Rata-rata netizen teruja dengan pembukaan terbaru jenama itu. Mestilah banyak sale kot!

Capture Uniqlo

Tak sabar rasanya nak tunggu grand opening stor ni mesti beratur panjang punyalah!

Baca : Tak fikir yang dah beratur panjang ke? Perangai Reseller Kaut Untung Lebih Untuk Koleksi Uniqlo x Billie Ellish Undang Kemarahan Netizen

Capture 6 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.