in

“Umur bukan penghalang dapat gold medal” – Hampir 3 Dekad Mencuba, Wanita Berusia 50 Tahun Ini Akhirnya Berjaya Dapat Emas Dalam Sukan Sea

Feature Image Menang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah dengar tak orang dulu-dulu selalu pesan supaya kita ni tak cepat untuk putus asa? Tak kira lah dalam pelajaran atau pun dalam apa sahaja, kita dinasihatkan untuk tidak mudah mengalah.

Baru-baru ni, sorang atlet wanita yang berusia 50 tahun berjaya mendapat pingat emas dalam acara underwater hockey.


Menang 1
Sumber: bbc news

Wanita yang dikenali sebagai Christina Tham, 50, pernah masuk dalam acara renang semasa dia berusia 12 tahun dalam temasya sukan sea.

Dia mewakili negara Singapura dalam acara renang 4×100 meter pada ketika itu dan berjaya menamatkan acara tersebut di tempat kedua.

Dua tahun kemudian, dia kembali semua dalam temasya sukan sea bagi acara 200 meter kuak lentang dan berjaya mendapat pingat perak.

Namun, selepas berehat hampir 3 dekad daripada terlibat dengan sebarang acara sukan sea, kini dia kembali turut serta menyertai salah satu acara yang dipertandingkan iaitu underwater hockey dan berjaya mendapat pingat emas.

110028419 57Fd55B3 65Ef 4E9C 9102 C3D660809B3A
Sumber: bbc news

Tham berjaya menjaringkan 2 gol dimana satu daripada perlawanan 4 v 4 manakala lagi satu melalui perlawanan 6 v 6 dan secara tidak langsung menyumbangkan pingat emas kepada Singapura.

110028417 A4191788 E87E 4283 8A7C 059A6364B274
Sumber: bbc news

Wanita ini juga dikatakan ingin terus beraksi pada dua tahun lagi dalam acara sukan yang sama yang akan berlangsung di Vietnam pada 2021.

Hah ni admin belanja sikit video underwater hockey tu macam mana.

Wahh hebatnya Tham ni, umur dah masuk 50 tahun pun masih beraksi dalam sukan sea and menang pingat emas pulak tu. 

 

Baca: “Ayah dia meninggal sejam sebelum dia perform” – Atlet Ini Tak Tahu Bapa Meninggal Sejam Sebelum Beraksi Tapi Akhirnya Menang Pingat Emas

Feature Image Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.