Beberapa hari lalu, kemalangan melibatkan empat orang penuntut UiTM Dungun telah berlaku sehingga tiga daripada empat mangsa itu telah terkorban.
Kemalangan itu terjadi apabila seorang wanita yang memandu sebuah kenderaan SUV jenis Honda CRV telah merempuh motosikal yang dinaiki oleh pelajar-pelajar tersebut.
Semalam, suami kepada wanita itu yang juga suspek telah memohon maaf atas kemalangan yang berlaku disebabkan isterinya itu.
Untuk makluman, wanita itu dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental.
Suami wanita itu mengatakan dia begitu kesal dengan kejadian itu dan turut meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan keluarga mangsa-mangsa untuk memohon maaf.
Pihak UiTM cawangan Dungun menerusi satu kenyataan hari ini mengatakan pihak mereka akan membantu mengatur pertemuan antara keluarga wanita tersebut dan juga keluarga mangsa.
Artikel Berkaitan: “Bersujud pada ahli keluarga mangsa…” – Suami Wanita Langgar Pelajar UiTM Dungun Mohon Maaf
Artikel berkaitan: “Tiada rekod” – Suspek Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Tak Pernah Terima Rawatan Mental
Memetik laporan Berita Harian, keluarga wanita itu meminta agar pertemuan itu diadakan kerana mereka mahu menyampaikan permohonan maaf kepada waris-waris mangsa.
Difahamkan, pertemuan itu bagaimanapun akan diadakan pada waktu yang sesuai nanti kerana UiTM mahu keluarga mangsa benar-benar bersedia untuk bertemu secara empat mata.
Menurut Harian Metro pula, bapa kepada salah seorang mangsa yang maut dalam kejadian itu iaitu Jamaludin Hussin, dia reda dengan pemergian anaknya itu namun masih bersedih atas kejadian tersebut.
Dia turut mengatakan dia memaafkan wanita itu namun dalam masa yang sama, tindakan undang-undang tetap diambil untuk keadilan kepada arwah anaknya, Khairil Anwar.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro