in

UEL Jadi Perhatian Lagi, Beli 2 Buah Kontena Simpan Mayat, Serah Pada Dua Buah Hospital

Fi Uel Bagi Kontena

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, bahawa sikap murah hati Ustaz Ebit Lew yang sering membantu insan memerlukan bukanlah saja tertumpu pada satu kaum saja malah tidak mengira bangsa dan agama.


Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi kebelakangan ini, ia tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit dan pasukannya untuk terus memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

 

UEL beli 2 kontena simpan mayat

Terbaru, UEL ada memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebooknya yang menunjukkan bahawa beliau dan pasukannya membeli dua buah kontena sejuk beku bagi tujuan penyimpanan mayat. Difahamkan juga, kontena berkenaan akan diserah kepada Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, dan Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani, Kedah.

Uel Bagi Kontena

Selain itu juga, kontena berkenaan mempunyai kelengkapan rak simpanan jenazah di mana ia boleh terus digunakan selepas dipasang.

Ketika tiba di sana, Ebit Lew turut menyatakan bahawa beliau sebak apabila mendengar cerita yang dikongsikan oleh doktor dan pegawai di hospital-hospital berkenaan. Di samping itu, cara mereka berterima kasih padanya membuatkan pendakwah berkenaan menjadi bertambah sedih.

Uel Bagi Kontena 3

 

“Berat ujian negara kita kali ini”

Ustaz Ebit dalam perkongsiannya turut meluahkan bahawa ujian yang ditempuh negara ketika ini sangatlah berat. Oleh itu juga, UEL turut mendoakan agar para frontliner kita diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan kepada pesakit-pesakit Covid-19 ini.

“Berat ujian negara kita kali ini. Semoga Allah beri kekuatan buat Dr, Nurse, Frontliner, dan semua petugas KKM. Allah beri sembuh pada yang sakit. Semoga Allah mudahkan segala urusan pesakit dan keluarga. Menangis mendengar kisah-kisah di Hospital.
“Terima kasih PDRM membantu memudahkan kerja misi bantuan ini. Terima kasih Team ATMS membantu tadi. Terima kasih semua kru PKUM di sg Petani. Terima kasih KKM. Terima kasih Pihak Hospital. Terima kasih tuan puan semua yang bersama kami selama ini. InsyaAllah kita akan cuba bantu dari semasa ke semasa. Pasakit dan yang meninggal dunia bukan orang lain. Keluarga kami juga. Sama-sama kita membantu dan mendoakan..” tulisnya.

 

Uel Bagi Kontena 1 Uel Bagi Kontena 2 Uel Bagi Kontena 4

Semoga segala urusan UEL dan pasukannya dipermudahkan, agar misi untuk membantu mereka memerlukan dapat dilaksana tanpa sebarang masalah.

 

Baca : Budak Umur 12 Tahun Tidur Di Jalanan Lepas Ibu Ayah Meninggal Akibat COVID 19 Dapat Bantuan Ustaz Ebit Lew

Foot Uel

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.