in

“Udara di sini pun berbau mayat”

Featured

Baca dari tajuk sahaja mungkin sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja meremang, namun itu adalah hakikat yang harus kita terima mengenai betapa kritikalnya keadaan di negara India.

Sehingga kini India mencatatkan hampir 25 juta kes positif Covid-19 dengan lebih 274,000 kematian di negara itu.

Sebelum ini Lobak Merah ada melaporkan mengenai penemuan banyak mayat di tebing Sungai Gangga dan tidak jauh dari kawasan itu iaitu di Unnao dengan kira-kira 200 mayat terdampar di pesisir sungai.

Metro

Pihak berkuasa kemudiannya mengesahkan yang mayat tersebut merupakan pesakit Covid-19 yang ditanam dalam kubur cetek di tebing sungai atau mungkin dihanyutkan.

Tindakan itu diambil selepas kos pembakaran mayat didakwa tinggi selain bekalan kayu yang tidak mencukupi.

Namun, dilaporkan tiada lagi masalah kekurangan kayu dan mayat dibawa naik ke darat kerana perlu dibakar dengan sempurna.

Bagaimanapun lain pula yang jadi…

“Kami guna bot untuk menarik mayat ke tepi sungai. Udara di sini pun berbau mayat. Ada kira-kira 80 mayat ditemui sekitar sini,

Penduduk kampung menyifatkan suasana di kawasan tersebut sebagai satu pemandangan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Ia ekoran peningkatan mendadak selepas berlakunya gelombang kedua Covid-19 di negara itu.

 

Sumber : Harian Metro

 

Baca : Lebih 40 Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Ditemui Terapung Di Sungai Ganges, India

Ft India