Wanita yang mengaku sebagai kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine telah mendedahkan lebih banyak perbualan antara aktor tersebut bersama individu bernama ‘NRF’ yang menurutnya adalah Ruhainies.
Dalam tangkap layar itu, lebih mengejutkan si penghantar mesej dilihat seperti tidak puas hati apabila Bella Astillah dilantik sebagai duta sebuah produk penjagaan kesihatan.
“Bella ambil Kitsui tu jugak rupanya, dia tak malu ke? Kalau saya memang tak ambil dah,” ujar NRF.
Namun, Aliff cuba menenangkan individu itu dengan mendoakan agar dia diberikan rezeki lebih baik selepas ini.
Pun begitu, NRF memberi respon balas yang mengejutkan apabila dia samakan Bella Astillah dan produk kesihatan seperti haiwan.
Artikel berkaitan: Diserang Netizen Sebab Kutuk Bella, Chacha Bersuara & Dedah ‘Voice Note’ Ruhainies
Artikel berkaitan: “Kami mohon maaf” – Jenama Kecantikan ‘Censored’ Muka Ruhainies Untuk Iklan Ramadan
Susulan perbualan mesej itu, netizen mula membanjiri ruangan komen produk kesihatan terbabit dan meminta jenama berkenaan untuk menyaman individu tersebut atas tindakan menghina.
Sejak kontroversi dua selebriti itu tular, Kitsui Malaysia telah mengambil langkah untuk mengaburkan wajah aktres wanita terbabit dan bertindak memilih Bella sebagai wajah baharu mereka.
Kitsui Malaysia tampil beri kenyataan
Sedar ramai yang mengadu tentang perbualan itu, Kitsui Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontroversi yang melanda menerusi akaun media sosialnya.
“TERIMA KASIH dan SEJUTA MAAF dari pihak KITSUI! Sekali lagi, nama KITSUI terlibat dengan isu hangat yang sedang diperbincangkan di media sosial. Pihak kami tidak menyokong mana-mana pihak dan tidak akan mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku.
“Terima kasih kepada semua yang terus menyokong kami! Semoga segala perkara dapat diselesaikan dengan baik.” tulisnya.
View this post on Instagram
Sehingga kini, nama ketiga-tiga selebriti dan skandal Aliff masih trending di media sosial.
Sumber: Instagram