in

“Tumpaskan penjajah Portugal” – Ini Kisah Keumalahayati, Laksamana Wanita Pertama Di Dunia

Laksamana Malahayati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Merujuk kepada definisi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, Laksamana bermaksud, gelaran yang tertinggi dalam angkatan tentera laut.


Dalam sejarah Melayu pula, gelaran Laksamana ini pernah wujud dalam sistem ketenteraan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 serta mendapat keutamaan tinggi selaras peranan kerajaan tersebut yang maju dalam bidang pelaut dan ahli dalam pelayaran.

Malah, Hang Tuah juga dikatakan antara pembesar Melayu pertama yang dikurniakan gelaran Laksamana.

Laksamana Keumalahayati, Laksamana wanita pertama di dunia

Malahayati merupakan tokoh pejuang legenda dalam masyarakat Aceh. Bukan sahaja di negeri barat laut Sumatera itu, pahlawan wanita tersebut juga dikenali oleh sejarawan antarabangsa sebagai laksamana laut wanita pertama di dunia.

055928700 1495201654 20170519 Laksamana Wanita Malahayati Aceh

Beliau yang juga dikenali sebagai Laksamana Keumalahayati itu dilahirkan pada tahun 1585 dan beliau menggalas jawatan ketenteraan itu semasa era Kesultanan Acheh yang dipimpin oleh Sultan Alauddin Riayat Shah al-Mukammil, jawatan itu buat pertama kalinya diberikan kepada seorang wanita.

Sejak zaman kanak-kanaknya, Malahayati cenderung terhadap bidang ketenteraan dan itu membuatkan beliau memilih untuk melanjutkan pengajiannya di Akademi Ketenteraan Diraja Acheh yang juga dikenali sebagai Maahad Baitulmaqdis.

Tumpasnya sang suami, buatkan Malahayati lebih berani

Ketika beliau berada di akademi ketenteraan itu, Malahayati berjumpa dengan Tuanku Mahmuddin bin Said Al Latief dan setelah tamat pengajian, mereka mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, beliau terpaksa akur apabila suaminya itu meninggal dunia dalam pertempuran Selat Melaka menentang Portugis

Disebabkan itu, Malahayati membentuk armadanya sendiri untuk menggantikan arwah suaminya untuk berperang.

Mengetuai Inong Balee

Apabila mendengar hasrat pahlawan wanita tersohor itu, Sultan Alauddin bersetuju untuk menubuhkan sebuah armada yang diketuai oleh Malahayati. Penubuhan itu dikuatkan lagi dengan faktor usia Sultan Alauddin yang sudah mencecah 95 tahun dan baginda memerlukan pasukan kententeraan yang utuh untuk menjaga kedaulatan negara.

Inong Balee

Armada yang dimaksudkan adalah Inong Balee, secara harfiah, ia merujuk kepada janda atau wanita yang kehilangan suami akibat peperangan atau konflik.

Rejimen khas itu mulanya disertai oleh balu-balu tentera yang gugur di medan perang, bermula dengan 1,000 orang tentera, pasukan itu kemudian disertai oleh wanita-wanita lain yang ingin melindungi negara mereka.

Malahayati memegang rejimen laut tersebut yang diamanahkan dengan 100 kapal geliung yang dilengkapi lima buah meriam dan boleh memuatkan 400 hingga 500 orang.

Menumpaskan penjajah Portugal di Aceh 

Suatu hari pada bulan Jun 1599, Cornelis de Houtman dan Frederijk de Houtman memasuki pelabuhan Aceh. Pada mulanya kedatangan duo Belanda itu disambut baik oleh Sultan Aceh tetapi lama-kelamaan mereka berdua banyak membikin onar.

Mereka dikatakan telah memanipulasi perdagangan, mengganggu, dan menghasut rakyat menentang kerajaan. Sultan Alauddin lalu naik dan memerintahkan Keumalahayati untuk menyingkirkan penceroboh Belanda dari kawasan mereka.

Keumalahayati dan Inong Balee menyerbu kapal de Houtman, lalu mereka melawan askar-askar tersebut dengan penuh berani, sehingga akhirnya Cornelis de Houtman mati dengan tikaman rencong (badik) Keumalahayati.

“Di atas kapal Van Leeuw telah membunuh Cornelis Houtman oleh Hayati sendiri, manakala Frederick de Houtman ditawan.” tulis Marie van C. Zeggelen dalam Oude Glorie.

Syahidnya Laksamana Keumalahayati

Beliau meneruskan perjuangannya melindungi perairan Aceh hingga ke akhir hayatnya. Syahidnya dalam pertempuran melawan armada Portugis, kali ini dipimpin oleh Alfonso de Castro.

Malahayati dikatakan masih mengetuai tentera Aceh menentang armada Portugis di bawahnya yang menyerang Kreung Raya Aceh pada Jun 1606.

Whatsapp Image 2020 11 10 At 09.48.31

Beberapa sumber sejarah mengatakan Malahayati tumpas dalam pertempuran melawan Portugis. Dia kemudian dikebumikan di lereng Bukit Kota Dalam, sebuah perkampungan nelayan 34 kilometer dari Banda Aceh.

Banyak penghargaan telah diberikan kepadanya malah jalan hidupnya juga disemadikan dalam sebuah lagu yang ditulis oleh penyanyi terulung Indonesia, Iwan Fals.

Al-Fatihah

Sumber: merdeka.com, National Geographic Indonesia

Baca: Lupakan Sekejap Wonder Woman, Ini 5 Pahlawan Wanita Zaman Dulu Yang Ramai Tak Tahu!

Fi Ww

Sumber: liputan6
Sumber: popularitas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.